Jumaat, 10 Mac 2017

Yunus rombak barisan tengah

September 2000
ARKIB : 01/09/2000
JURULATIH Terengganu, Yunus Alif mengambil tindakan drastik dengan merombak barisan tengah pasukan itu ketika bertandang ke Sabah dan Sarawak dalam pertandingan Piala Malaysia pada Sabtu dan Selasa ini.

"Saya akan ubah dua tiga pemain terutamanya di posisi tengah untuk perlawanan di Sabah dan Sarawak," katanya kepada Bernama di Kuala Terengganu, semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut nama pemain yang terlibat dengan rombakan itu.

Beliau berkata Terengganu mempunyai ramai pemain tengah dan pemain yang sering diturunkan dalam pertandingan Piala Malaysia ialah Zulfakri Shaari, Rosli Omar, Hairuddin Omar dan Armi Sharif.

Yunus berkata dalam perlawanan sebelum ini menentang Johor FC, ternyata barisan tengah Terengganu tidak berfungsi dengan baik menyebabkan Terengganu hampir tewas.

"Saya tidak rela Terengganu kecundang di Sabah dan Sarawak, kerana ia boleh menjejaskan laluan kita ke peringkat suku akhir," katanya.

Terengganu akan menentang Sabah pada 2 September di Stadium Likas dan Sarawak 5 September di Stadium Negeri di Petra Jaya.

Yunus berkata Terengganu perlu mengatasi kelemahan mereka iaitu tidak mampu menunjukkan permainan konsisten.

Dalam dua perlawanan akan datang, Terengganu terpaksa mencari pemain sesuai untuk mengisi kekosongan di bahagian penyerang kerana pemainnya Halim Jantan tidak dapat diturunkan akibat kecederaan di pergelangan kaki.

"Saya sedang mencari pemain yang sesuai mengganti Halim," katanya. - Bernama
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0901&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_04.htm#ixzz4awDIIeL7

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan