Ahad, 19 Mac 2017

Penyu seksa dalam undian


 

ARKIB : 07/01/2002
TENGKU ABDULLAH melakukan undian Piala FA di Kuala Lumpur, semalam. Cabaran Piala FA akan bermula pada 5 Februari dengan tiga perlawanan membabitkan enam pasukan Liga Perdana Satu berentap sesama sendiri.

Oleh: NORZIE MOHD. KHASBI
JUARA Piala Malaysia, Terengganu akan mengetuai `kumpulan maut' apabila cabaran bola sepak Piala FA musim 2002 bermula, bulan depan.

Terengganu mendapat bye pada pusingan pertama diundi bersama naib juara Piala Malaysia, Perak dalam Kumpulan A.

Tiga lagi pasukan dari Perdana Satu, Kelantan, Kuala Lumpur, Perlis serta NS Chempaka turut diundi dalam Kumpulan yang sama selain kelab Liga FAM, Perak TKN.

Penyandang juara, Selangor yang turut mendapat bye pada pusingan pertama lebih bernasib baik kerana menerima agak laluan mudah dalam Kumpulan C.

Sabah merupakan satu-satunya pasukan Perdana Satu yang akan memberi cabaran kepada Selangor, selebihnya kelab dari Perdana Dua dan Liga FAM, Kedah, Selangor MPPJ, PDRM, Kedah Lada dan Selangor PKNS.

Juara liga, Pulau Pinang pula berada diundi kumpulan yang seimbang bersama Pahang, Negeri Sembilan, Johor, ATM, Kelantan TNB dan KL Malay Mail.

Sementara Sarawak yang turut mendapat bye pada pusingan awal selaku naib juara Piala FA diundi dalam Kumpulan B bersama Johor FC, Melaka, Selangor Public Bank, Kelantan SKMK, Melaka Telekom dan Kedah JKR.

Undian itu dijalankan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Dell Akbar Khan di Kuala Lumpur, semalam. Undian untuk pertandingan Liga Perdan

Turut hadir pada undian itu ialah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

``Ini adalah undian yang terbuka dan adil untuk semua pasukan,'' kata naib presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar selepas majlis undian di Regent Hotel, Kuala Lumpur semalam.

Cabaran Piala FA akan bermula pada 5 Februari dengan tiga perlawanan membabitkan enam pasukan Liga Perdana Satu berentap sesama sendiri.

Kelantan memulakan saingan dengan bertemu NS Chempaka, Perak menentang Perlis dan Johor FC menghadapi Melaka.

Selangor menjuarai Piala FA buat kali ketiga tahun lalu selepas mengalahkan Sarawak 1-0, Terengganu pula adalah juara pada 2000.

Sementara itu, perlawanan Piala Sumbangsih menemukan Selangor dan Terengganu akan diadakan pada di Kuala Terengganu pada 19 Januari
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4bqN59yyT

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan