ARKIB : 20/11/2002
Oleh JAMDI NASIR
PERSATUAN Bola Sepak Negeri
Terengganu (PBSNT) percaya krisis antara pemain dan pengurusan pasukan itu
berakhir apabila tiga pemain utamanya Hairuddin Omar, Rosdi Talib dan Subri
Sulong dilepaskan.
Keputusan yang dicapai pada
mesyuarat ahli jawatankuasa PBSNT yang diadakan di Kuala Terengganu malam
semalam itu turut memutuskan memilih Tajuddin Nor sebagai jurulatih baru
menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Mat Zan Mat Aris.
Presiden PBSNT, Datuk Che Mat
Jusoh berkata, meskipun tanpa tonggak utama, pasukan Penyu masih boleh bernafas
dengan senarai pemain lama yang kekal iaitu Zubir Ibrahim, Syamsuri Mustapha,
Zulharisham Awang, Ghani Malik, Wan Rohaimi Ismail dan Marzuki Yusof.
Krisis antara pemain dan
pengurusan mula timbul selepas beberapa pemain membangkitkan melalui media mendakwa
persatuan gagal menjaga kebajikan para pemain.
Ia menyebabkan Hairuddin, Rosdi
dan Subri dikatakan enggan menyambung semula kontrak dengan pasukan tersebut
untuk berhijrah bersama pasukan Pahang atau Selangor. Manakala Sapian Wahid
pula berkemungkinan berhijrah menyertai pasukan Sarawak.
``Kita juga bersetuju mengambil
11 pemain muda termasuk pemain dari Piala Presiden untuk turut membantu
mengukuhkan saingan Liga Perdana tahun depan.
Mengenai Tajuddin, beliau
memberitahu, bekas jurulatih Perlis itu akan memulakan tugasnya pada 16
Disember ini.
``Buat permulaan Tajuddin akan
mengikat kontrak selama dua tahun dan dalam tempoh itu dia diharap dapat
membawa Terengganu memasuki pertandingan akhir Piala Malaysia dan juga juara
liga,'' katanya.
Beliau berkata, persatuan
menganggarkan perbelanjaan untuk Liga Perdana tahun depan sebanyak RM2.5 juta.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4cP3MV9Px
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan