Khamis, 16 Mac 2017

Piala FA: Terengganu layak pusingan kedua



ARKIB : 18/03/2001
PENYANDANG juara, Terengganu mencatat kemenangan agregat 5-3 ke atas Kedah untuk mara ke pusingan kedua bola sepak Piala FA, sekali pun tumpas 3-0 pada pertemuan kedua pusingan pertama di Stadium Darulaman, semalam.

Tuan rumah yang tumpas 5-0 pada perlawanan pertama pusingan pertama di Kuala Terengganu, bangkit menguasai permainan menerusi Tan Gim Hong minit ke-29, Cheah Kean Seng (80) dan Mohd. Rafdi Abdul Razak (84).

Di Stadium Shah Alam, naib juara lalu, Pulau Pinang turut selesa apabila melengkapkan agregat 12-1 selepas mencatat kemenangan 3-1.

Pulau Pinang yang sebelum ini berpesta gol dengan kemenangan 9-0, meneruskan keunggulan menerusi jaringan Fareed Shah Hassan (55), Ooi Hoe Guian (70) dan S. Nanthakumar (pen, 85).

Di Stadium Penampang, tuan rumah Sabah menundukkan Malay Mail Kuala Lumpur 3-0 untuk kemenangan agregat 4-0 selepas mendahului saingan terdahulu 1-0.

Henry Saimpon membuka jaringan menerusi penalti pada minit ke-30, diikuti gol oleh Rizal Awang Zad, minit ke-46 dan Sharin Majid (69).

Di Stadium Perak, pasukan tuan rumah menyingkirkan Intel Pulau Pinang dengan kemenangan 4-1 untuk mara menerusi agregat 7-1.

Perak menang pertemuan pertama 3-0, memperoleh jaringan menerusi Liew Kit Kong (14), P. Gunasegaran (29, 56) dan penalti oleh Norizam Ali Hassan (44), manakala gol tunggal Intel oleh Hasnizal hashim (77).

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Melaka sekali lagi berkenduri gol apabila menewaskan Zaba FC Terengganu 13-0 untuk mengumpul agregat terbesar 25-1. Melaka menang pertemuan pertama 12-1.

Gol Melaka dijaringkan oleh Sri Jaafar Abdul Rahman (18, 64, 66, 79), Rashid Mahmud (20, 32, 90), Saiful Bahari Shahrom (34), Khairul Azwa Khairun (38), Mohd. Rizal Ruddin Abdul Rani (46, 47), Musa Mutalib (pen. 51), Mohd. Ariffadillah Nordin (88).

Di Stadium Petaling Jaya, pasukan pelawat Perlis meraikan kejayaan ke pusingan seterusnya dengan agregat 1-0 ke atas MPPJ menerusi S. Paidiya Rau (84) selepas kedua-dua pasukan seri 0-0. Perlis mendahului pertemuan awal 1-0.

Di Stadium Larkin, naib juara Piala Malaysia 2000, Selangor hanya seri 1-1 dengan Johor untuk melengkapkan agregat 3-1 ke pusingan kedua.

Selangor yang menang 2-0 pada pertemuan pertama, memperoleh jaringan menerusi Amri Yahyah pada minit ke-85, manakala gol Johor oleh Khairul Ismail (70).

Di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV di Kota Bharu, tuan rumah Kelantan gagal ke pusingan kedua selepas kecundang 2-1 kepada Sarawak yang mengumpul agregat 5-4.

Selepas seri 3-3 pada perlawanan terdahulu, Kelantan membuka jaringan menerusi Tuan Kamree Tuan Yahya (38), tetapi dibolosi dua gol oleh Ramos Sari (40) dan Halim Jantan (65).

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan pelawat, Pahang pula mara dengan agregat 2-1 walaupun dikalahkan 1-0 oleh NS Chempaka menerusi K. Nanthakumar, minit ke-74. Pahang menang pertemuan pertama 2-0.

Di Stadium KLFA, pasukan SKMK Kelantan mengetepikan cabaran tentera dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Mat Anuar Semail pada minit ke-41 untuk agregat 3-0. SKMK Kelantan menang 2-0 pada saingan pertama.

Di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Telekom Melaka mara ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Polis.

Telekom Melaka mara menerusi agregat 4-3, sekali pun tumpas 2-1 pada saingan pertama lalu.

Shaiful Ardan Adnan menjaringkan dua gol untuk pasukan itu pad minit ke-69 dan 110, serta satu gol oleh Talib Sulaiman, minit ke-27.

Gol tunggal Polis disumbat masuk oleh Shahrul Nizam Mustapada pada minit ke-64

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz4bUVTtd1X
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan