ARKIB : 13/12/2000
Kontrak itu adalah bagi tempoh
satu tahun.
Setiausaha Persatuan Bola Sepak
Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh berkata, daripada jumlah itu lima
muka baru di kalangan anak tempatan disenaraikan bagi memantapkan lagi cabaran
skuad penyu menghadapi saingan Liga Perdana dan Piala Sumbangsih, Mac depan.
"Kami amat berpuas hati
dengan pemilihan pemain dan mereka akan mengikat kontrak setahun bersama
Terengganu pada Sabtu ini,'' kata Abdullah di Kuala Terengganu, semalam.
Lima pemain baru itu terdiri
daripada bekas pemain Piala Presiden negeri - Mohd Shahrul Azrain Shamsuddin
dan empat bekas pemain Kelab Perkasa Alam, Zainudin Ismail, Mohd Khairuddin
Hanipah, Anuar Afzan Mat Nor dan Khairul Azuan Mohd.
Antara 18 pemain yang
dikekalkan ialah Hairuddin Omar, Zubir Ibrahim, Arifin Musa, Ghani Malek,
Zulharisham Awang, Rosdi Talib, Fazialah Mamat, Rushadi Wahab, Sabri Sulung,
Sapian Wahid dan Mohd Nafuzi Mohd. Zain.
Pemain lain ialah Mustafa Kamal
Abdul Wahab, Ahmad Taharin Yusuf, Zairo Anuar Zailani, Shamsuri Mustaffa,
Alfian Aziz, Mohd Marzuki Yusuf dan Zainal Abidin Abu Bakar.
Abdullah berkata, semua mereka
memulakan latihan awal petang semalam di bawah bimbingan jurulatih baru
Terengganu, Mat Zan Mat Aris di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala
Terengganu.
Antara pemain lama yang
berhijrah ke negeri lain dan digugurkan ialah A.Ganeson (Negeri Sembilan),
Abdul Halim Jantan (Sarawak), Rosli Omar, Tuan Rosli Tuan Sha'ari, Mohd Khairul
Anuar Karim dan Mohd Armi Sharif
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_10.htm#ixzz4b7P0PA2a
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan