Ahad, 4 Disember 2016

Terengganu menang selesa

ARKIB : 16/06/1999
Pasukan tuan rumah yang seolah-olah tidak rela menanggung keaiban di gelanggang sendiri, mendahului seawal minit pertama permainan apabila Sapian Wahid yang menerima hantaran Mohd. Noor Derus berjaya melepasi perangkap ofsaid, sebelum melakukan rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol lawan.

Gol itu juga membangkit semangat juang tuan rumah untuk menambah jaringan sebagai bekal sebelum bertandang pada perlawanan kedua separuh akhir kedua-dua pasukan di Seremban 26 Jun ini.

Sapian memastikan penguasaan skuad Penyu apabila sekali lagi membolosi gawang lawan pada minit ke-13, sebelum Zami Mohd. Noor melakukan percubaan yang nyaris memperdayakan penjaga gol Terengganu, Zubir Ibrahim.

Perlawanan kian rancak dengan kedua-dua pasukan saling mengasak dan Terengganu yang masih kelaparan gol terus mencipta satu lagi peluang pada minit ke-31 tetapi gagal disempurnakan Badrul Hisham Abdullah.

Negeri Sembilan yang terus mangasak pada babak kedua gagal memecah kebuntuan dan kedudukan terikat 2-0 memastikan kemenangan milik tuan rumah.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_09.htm#ixzz4RsmhkjLs © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan