ARKIB : 04/01/2000
JURULATIH Yunus Alif berkata,
Terengganu tidak akan menghalang mana-mana pemain yang mahu berhijrah dan
beraksi untuk negeri lain.
Beliau berkata, Terengganu
bersikap terbuka dan profesional terhadap pemain-pemain yang mungkin mendapat
peluang lebih baik dari negeri ini.
''Memang kita akan merasa
kehilangan pemain-pemain itu kerana mereka telah lama bersama kita,'' katanya
ketika diminta mengulas ura-ura Mohd Nor Derus dan Syamsol Saad yang mahu
berhijrah ke Perak tahun ini.
Mohd Nor yang berasal dari
Melaka menyertai Terengganu dua tahun lepas manakala Syamsol dari Perak
menyertai pasukan penyu tahun lepas. Kedua-dua pemain itu tamat kontrak tahun
ini.
Yunus berkata Mohd Nor dan
Syamsol sekarang menyertai pasukan kebangsaan mengadakan latihan di Dubai.
Yunus berkata, yang pasti
pemain Terengganu yang akan berhijrah tahun ini ialah Anuar Jusoh ke Selangor,
Wan Ahmad Ridzuan dan Badrul Afzan Razali (Pahang), Baharuddin Ali dan Tai Sin
Kiat.
Penghijrahan pemain-pemain itu
sedikit sebanyak menjejaskan pasukan Terengganu, bagaimanapun Yunus berkata,
beliau tidak bimbang kerana ada pemain pengganti.
Katanya, pasukan Terengganu
tahun ini akan lebih mantap berikutan kehadiran tiga pemain berkaliber iaitu
Halim Jantan dari Negeri Sembilan, Shahrin Arshat (Pulau Pinang) dan Alif
Rohaimi (Pahang).
Beliau berkata Shahrin dijangka
menandatangan kontrak persetujuan hari ini manakala Halim dan Alif
masing-masing menandatangani kontrak dua minggu lepas. - Bernama
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_09.htm#ixzz4SoGbYEAO
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan