ARKIB : 30/12/1999
PASUKAN bola sepak Liga Perdana
Terengganu tidak bercadang mengadakan latihan di luar negara bagi menjimatkan
perbelanjaan.
Jurulatih, Yunus Alif berkata,
latihan sebaliknya akan ditumpukan dalam negara yang nyata lebih menjimatkan
serta tidak membebankan pemain dengan perjalanan yang begitu jauh.
''Buat apa kita hendak pergi
berlatih jauh-jauh sekiranya tidak memberi banyak manfaat,'' katanya ketika
ditanya kemungkinan Terengganu berlatih di luar negara, di Kuala Terengganu,
semalam.
Pemain-pemain Terengganu akan
memulakan latihan pada 16 Januari depan.
Yunus berkata, Terengganu perlu
menjimatkan kewangan daripada menghantar pasukan berlatih di luar negara,
memandangkan bebanan yang akan ditanggung semakin bertambah.
Yunus berkata, mulai tahun
depan, Terengganu akan memberi kesempatan kepada pemain-pemain muda yang banyak
memanaskan bangku simpanan musim lepas seperti Mohd. Nafuzi Zin, Alpian Abdul
Aziz dan Sobri Sulong.
Beliau berkata, pemain-pemain
muda itu mempunyai bakat yang besar dan boleh menjadi pemain disegani sekiranya
diberikan bimbingan dan pendedahan berterusan.
''Bagaimanapun, mereka
terpaksalah bersaing bagi mengatasi antara satu sama lain untuk mendapat tempat
dalam kesebelasan utama,'' katanya. - Bernama
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_09.htm#ixzz4SnqrL7gV
Tiada ulasan:
Catat Ulasan