Isnin, 12 Disember 2016

Ganesan bersedia

ARKIB : 20/11/1999
PEMAIN pertahanan Terengganu, A. Ganesan hampir sembuh daripada kecederaan dan dijangka dapat diturunkan untuk membantu Terengganu dalam perlawanan separuh akhir Piala Malaysia menentang Sarawak pada 23 November.

Pemain itu sekarang sudah mula menjalani latihan dan keadaannya memuaskan. Sebelum ini Ganesan diberi rehat selamat dua bulan mamandangkan kecederaan teruk di pergelangan kakinya.

Ganesan telah menjalani rawatan terapi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur di samping rawatan secara tradisional di Pulau Pinang dan Terengganu.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_06.htm#ixzz4ShQ7czfC © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan