Ahad, 11 Disember 2016

Penyu hilang dua tonggak

ARKIB : 02/11/1999
AZMAN Ismail dan Rosdi Talib disahkan tidak dapat membantu Terengganu dalam perlawanan Piala Malaysia menentang Perak di Ipoh, hari ini kerana masih cedera.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBNT), Abdullah Salleh berkata Terengganu begitu terasa ketiadaan kedua-dua pemain pertahanan itu lebih-lebih lagi semasa bermain di gelanggang lawan.

''Kedua-duanya telah memainkan peranan besar ketika Terengganu mengalahkan Perak 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 2 Oktober lepas,'' katanya.

Beliau berkata Terengganu menyifatkan perlawanan hari ini penting dalam menentukan laluan pasukan Penyu itu ke pertandingan separuh akhir Piala Malaysia musim ini.

Dengan memungut 15 mata daripada tujuh perlawanan, kedudukan Terengganu untuk mara ke pertandingan separuh akhir akan lebih selesa jika berjaya mengalahkan Perak. - Bernama

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_10.htm#ixzz4SXdW0k7p © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan