Selasa, 13 Disember 2016

Penyu uji pemain tahun depan

ARKIB : 10/12/1999
PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan mengadakan ujian untuk memilih pemain bagi pasukan Liga Perdananya untuk musim tahun depan selepas Hari Raya ini.

Setiausaha PBSNT Abdullah Salleh berkata ujian pemain itu akan meliputi pemain luar dan tempatan.

''Kami mengalu-alukan jika ada pemain luar yang berminat untuk menabur khidmat di negeri ini,'' katanya di Kuala Terengganu semalam.

Abdullah berkata pemilihan pemain-pemain baru itu akan dibuat oleh jurulatih Yunus Alif.

Beliau berkata Terengganu memerlukan beberapa orang lagi pemain terutamanya pemain tengah dan penyerang bagi menampung kekosongan berikutan penghijrahan beberapa pemain ke negeri lain.

Empat pemain Terengganu yang berhijrah ialah Badrul Afzan Razali, Wan Ahmad Ridzuan, Baharuddin Ali dan Tay Sin Kiat.

Abdullah berkata Terengganu juga akan memberikan perhatian kepada pemain-pemain simpanan untuk meningkatkan prestasi mereka bagi membolehkan mereka mendapat tempat dalam kesebelasan utama. - Bernam
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_08.htm#ixzz4SioJOBBl

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan