ARKIB : 01/02/1999
JURULATIH Terengganu, Yunus
Alif sudah mengenal pasti 18 daripada kesemua 24 pemain yang bakal disenaraikan
dalam skuad Penyu untuk menghadapi musim baru bola sepak Liga Malaysia tahun
ini, lapor RADHUAN HUSSAIN.
Senarai yang akan dipilih itu
termasuk empat pemain yang kini sedang mewakili skuad kebangsaan pada kejohanan
Bola Sepak Piala Dunhill di Vietnam.
Menurut Yunus, keempat-empat
pemain itu terdiri daripada Anuar Jusoh, Mohd. Noor Derus, Abd. Ghani Malek dan
A. Ganesan.
Jurulatih itu menjelaskan,
beliau setakat ini tidak menghadapi sebarang masalah mengendalikan tugas
membentuk skuad Penyu dengan peringkat awal memberi lebih tumpuan kepada
latihan 'keras'.
''Kita sudah kenal pasti 18
pemain dan mereka nampaknya menunjukkan komitmen yang baik kecuali seorang
daripadanya iaitu Mustaffa Kamal Abd. Wahab mungkin tidak disenaraikan kerana
kecederaan.
''Dia (Mustaffa) yang cedera
lutut akan menjalani pembedahan pada 7 Februari ini,'' katanya di Kuala
Terengganu semalam.
Mengenai senarai 18 pemain yang
akan dipilih itu Yunus memberitahu, keputusan muktamad berhubung perkara itu
akan ditentukan kemudian.
''Buat masa ini kita masih
menjalani latihan dalam masa dua minggu lagi sejak Sabtu lalu dan keputusan
penuh untuk senarai 18 pemain itu akan dibuat selepas itu,'' ujarnya.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_05.htm#ixzz4PrqgmEef
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan