ARKIB : 16/01/1999
JURULATIH baru Terengganu,
Yunus Alif berazam membawa pasukan itu sekali lagi ke pertandingan akhir Piala
Malaysia musim akan datang.
Bekas jurulatih Pahang itu
berkata beliau juga akan menjadikan Terengganu pasukan elit yang disegani dan
dihormati.
''Saya akan cuba sedaya-upaya
dan akan mempergunakan segala pengalaman untuk memartabatkan pasukan kelahiran
negeri saya ini,'' kata Yunus yang mula menjadi jurulatih pada 1995.
Terengganu layak ke
pertandingan akhir Piala Malaysia musim lepas tetapi tewas kepada Perak dengan
tendangan penalti.
Yunus berkata beliau gagal
untuk membawa Pahang menjuarai Piala Malaysia setelah tumpas kepada Singapura
dalam pertandingan akhir pada tahun 1995.
Yunus yang bermain untuk
Terengganu pada tahun-tahun 1976-1979 sebelum berhijrah ke Pahang berkata
pelantikan beliau sebagai jurulatih Terengganu merupakan suatu penghormatan.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_05.htm#ixzz4PiJJmwtk
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan