ARKIB : 24/05/2011
Pertahanan Negeri Sembilan, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak (kiri) mengasak penyerang Terengganu, Mohd. Ashaari Samsuddin dalam aksi Liga Super di Kuala Terengganu, kelmarin. Terengganu menang 3-0. UTUSAN/AZLAN BAHRUM
KUALA TERENGGANU Skuad Penyu perlu melupakan seketika Piala FA dengan memberi tumpuan bagi mengharungi baki empat perlawanan liga Super yang dianggap getir.
Pengurus Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh mengingatkan anak-anak buahnya tidak boleh tersalah langkah dan tersilap catur dalam persaingan sengit ketika semakin hampir melangkah ke atas teratas.
"Masih terlalu awal untuk bercakap mengenai final Piala FA menentang Kelantan 11 Jun buat masa ini, kita tumpuan baki perlawanan liga Super" katanya.
Terengganu kini di tangga kedua liga dan hanya dipisahkan dengan kelebihan jaringan berbanding pendahulu, Kelantan selepas mempamerkan aksi cemerlang menewaskan Negeri Sembilan 3-0 di laman sendiri, kelmarin.
Menurut Che Mat, beliau berpuas hati dengan aksi para pemainnya yang mendengar arahan dan berjaya mendominasi perlawanan sejak dari awal permainan hingga wisel penamat ditiupkan.
"Masalah keletihan dan kecederaan nyata tidak menghalang pemain kita daripada mempamerkan aksi terbaik malam ini (kelmarin).
"Walaupun pemain mensia-siakan banyak peluang untuk menjaringkan gol tapi Alhamdulillah, keputusan 3-0 ini sudah mencukupi," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0524&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz5eL2LaLQL
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan