ARKIB : 11/06/2011
ABDUL Hadi menjadi harapan skuad Penyu untuk
meledakkan gol pada perlawanan akhir Piala FA menentang Kelantan di Stadium
Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam ini.
KUALA TERENGGANU - Jika aksi ketika tewas 0-3 di
tangan Kelantan dalam saingan liga tempoh hari dijadikan ukuran, baik Abdul
Hadi Yahaya mahupun Manaf Mamat, kedua-duanya nyata gagal memberikan sentuhan
penyudah yang berkesan selaku penyerang.
Hadi umpamanya dilihat seakan hilang punca di
tengah padang meskipun beraksi cemerlang ketika menyumbat gol untuk skuad
kebangsaan bagi mengikat Hong Kong 1-1 dalam perlawanan terdahulu, manakala
Manaf pula kerap kehilangan bola dan gagal berfungsi seperti biasa pada malam
itu.
Justeru, ramai pihak beranggapan bahawa kedua-dua
penyerang itu sukar untuk mencipta peluang sebaliknya bergantung harap kepada
umpanan pemain sayap kiri iaitu Ashaari Samsudin.
Secara kebetulan, Ashaari pula tidak dapat
diturunkan pada malam itu kerana digantung satu perlawanan setelah menerima kad
kuning kedua.
Namun, kembalinya Ashaari daripada penggantungan
menjelang final Piala FA, hari ini dilihat petanda baik untuk ketiga-tiga
mereka kembali membentuk rangkaian serangan terbaik.
Hadi ketika ditemui mengakui bahawa aksinya ketika
menentang Kelantan pada malam itu tidak begitu menjadi dan dia gagal
mengekalkan persembahan bertenaga sepanjang 90 minit perlawanan.
"Bagaimanapun, saya akan main sebaik mungkin
dan cuba cari gol awal jika diturunkan pada final nanti," kata anak
kelahiran Klang, Selangor itu.
Sementara itu, Manaf turut melafazkan janji yang
sama untuk memberikan persembahan terbaik pada malam esok.
"Saya harap penyokong juga akan terus
'support' kami dari belakang dan lupakanlah apa yang telah berlaku sebelum ini
(kalah kepada Kelantan)," katanya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz5eMN1SP2V
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan