ARKIB : 13/06/2011
Ketua pasukan, Marzuki Yusof mengetuai konvoi
perarakan pemain Terengganu yang membawa trofi Piala FA dari Lapangan Terbang
Sultan Mahmud ke Dataran Shahbandar Kuala Terengganu, semalam. - utusan/
Shaifudin Mohd. Nor
KUALA TERENGGANU - Lebih 5,000 orang membanjiri
Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini semalam bagi menyambut kepulangan
wira mereka bersama trofi Piala FA selepas mengalahkan Kelantan 2-1 pada final
kelmarin.
Skuad penyu itu tiba di LTSM kira-kira pukul 4
petang sambil menjulang trofi Piala FA.
Menyertai kumpulan pemain termasuk Pengurus yang
juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat
Jusoh; Setiausaha, Abdullah Salleh serta jurulatih pasukan, Irfan Bakti Alias.
Mereka kemudian menaiki konvoi pacuan empat roda yang
diarak sambil diiringi para penyokong dari Kelab Penyokong Bola Sepak
Terengganu (Peteh) menuju ke Dataran Shahbandar, di sini.
Para pemain serta pegawai pasukan seterusnya
diraikan pada satu majlis khas di Dataran Shahbandar yang turut disertai lebih 5,000
orang yang mahu menatap wajah wira-wira mereka bersama Piala FA dengan lebih
dekat.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz5eMQZ0HW6
Tiada ulasan:
Catat Ulasan