ARKIB : 29/08/2005
KUALA LUMPUR - Terengganu
melangkah ke suku akhir selepas menewaskan penyandang juara, Perlis 2-1 dalam
perlawanan bola sepak Piala Malaysia Kumpulan A di Stadium Utama, Negeri di
Kangar, malam tadi.
Kemenangan ini adalah yang
kedua berturut-turut buat Terengganu yang tidak sampai seminggu membenam Perlis
1-0 di Kuala Terengganu Rabu lepas, memaksa Perlis membuat perhitungan dalam
perlawanan terakhir menentang PKNS.
Perlis perlu menewaskan PKNS
jika ingin mencatat kemaraan ke peringkat suku akhir pada 3 September ini.
Skuad Singa Utara jelas
bertindak garang dan lebih pantas membuka tirai jaringan sejurus babak kedua
bermula.
Menerusi serangan pantas,
Zachariah Simukonda bijak mengelecek pemain pertahanan tuah rumah sebelum
melepaskan rembatan kencang yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol
Terengganu, Md. Syamsuri Mustafa.
Terengganu yang ketinggalan 0-1
menggandakan asakan dan gol penyamaan yang dicari dihasilkan pada minit ke-50
melalui rembatan kencang dalam kotak penalti oleh Md. Norisham Hassan.
Pelawat tambah semangat apabila
Sapian Wahid menambah gol kedua mengejutkan Perlis dengan rembatan kencang
hasil hantaran Daniel Moreno pada minit ke-65.
Di Stadium Darul Aman, Pahang
menepati ramalan untuk menghampiri suku akhir dalam Kumpulan C selepas menang
tipis 1-0 ke atas Kedah.
Gol kemenangan Pahang
dijaringkan oleh penyerang kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-54.
Kekalahan buat Kedah meletakkan
kedudukan pasukan itu ibarat `nyawa di hujung pedang'.
Kedah perlu menewaskan Johor FC
dalam perlawanan terakhir di tempat lawan jika berhasrat untuk ke suku akhir
sambil mengharapkan MPPJ akan kalah apabila berdepan dengan Pahang di Stadium
Petaling Jaya, Rabu ini.
Ini pasti menjadikan saingan
terakhir kumpulan semakin menarik untuk kedua-dua kumpulan itu.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4ivcBKUCt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan