ARKIB : 06/08/2005
Oleh: HARADIAN SHAH HAMDAN
KUALA TERENGGANU - Terengganu
membuka langkah awal apabila mudah menewaskan pasukan berstatus kelab, PKNS 4-1
dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A, bola sepak Piala Malaysia di Stadium
Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, semalam.
Kemenangan yang membawa tiga
mata penuh milik Terengganu membuka langkah bergaya pasukan bimbingan Yunus Alif
untuk mencuri salah satu daripada dua tempat ke suku akhir.
Norizam Ali Hassan paling
gembira memahatkan nama apabila menjaringkan dua gol (m-11, m-62) manakala dua
gol lagi menerusi Helton Soares (m-6) dan Dos Santos (m-68).
Gol tunggal PKNS pula
dijaringkan oleh Roman Chmelo pada minit ke-41.
Kemenangan bergaya Terengganu
menjadi suntikan semangat sebelum bertemu penyandang juara Perlis di tempat
lawan pada perlawanan kedua pada 14 Ogos ini.
Seawal minit keenam Terengganu
memperoleh gol menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Soares.
Gol tersebut menyemarakkan
semangat pemain Terengganu menggandakan asakan menambah jaringan manakala PKNS
pula jelas tertekan buat seketika.
Pada minit ke-11, Santos
meledakkan sepakan tetapi tertampan oleh pertahanan pelawat namun Norizam Ali
Hassan bijak menyepak lambung gagal dicapai oleh penjaga gol PKNS, Zuraimi
Hassan melihat bolah menerjah jaring.
Ketinggalan 2-0, PKNS terus
menggandakan asakan cuba merapatkan jurang.
Peluang terbaik hadir pada
minit ke-41 apabila pemain import mereka, Roman Chmelo tidak menghadapi masalah
meledakkan rembatan menggegar jaring Terengganu menewaskan penjaga gol
kebangsaan, Syamsuri Mustafa.
Sejurus babak kedua, Terengganu
jelas menguasai rentak ketika PKNS seolah-olah kehilangan rentak cuba menyaingi
kehebatan pemain tuan rumah.
Pada minit ke-62, PKNS
tersentak lagi dengan gol ketiga menyusul daripada sepakan percuma Soares.
Pemain import itu bijak membuat
sepakan lambung yang tepat ke arah Norizam yang melonjakkan diri untuk menanduk
kencang menewaskan Zuraimi.
Belum reda PKNS dengan gol
ketiga menyusul milik Terengganu, giliran Santos pula memahatkan nama sebagai
penjaring gol keempat Terengganu.
Enam minit selepas jaringan
Norizam, giliran Santos yang mendapat hantaran cantik daripada Norfarhan tidak
teragak-agak melepaskan rembatan kencang menewaskan Zuraimi buat kali keempat.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz4inbx309F
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan