Isnin, 5 Jun 2017

Terengganu gembira Marzuki sedia kembali



ARKIB : 10/10/2005

KUALA TERENGGANU - Pengurus Terengganu, Sheikh Tajudin Sheikh Yusof gembira apabila bekas pemain pertahanannya, Marzuki Yusof dilaporkan berminat menyarung kembali jersi skuad itu bagi menghadapi saingan bola sepak Liga Malaysia 2005/ 2006.

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya telah berbincang dengan pemain tinggi lampai itu tetapi belum ada keputusan dibuat kerana Marzuki masih mempunyai kontrak dengan kelab Telekom Melaka.

``Bagaimanapun Telekom Melaka telah mengesahkan akan melepaskan Marzuki untuk kembali ke Terengganu dan kita alu-alukan,'' katanya, semalam.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa pengurusan Telekom Melaka mengesahkan Marzuki yang mewakili kelab itu semusim, mahu kembali ke negeri asalnya kerana masalah keluarga.

Sheikh Tajudin percaya dengan kehadiran Marzuki, pasukan Terengganu yang tewas pada separuh akhir Piala Malaysia musim ini, akan bertambah mantap untuk mengharungi saingan tahun depan.

Katanya, pengurusan skuad Terengganu sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pemain negeri lain yang menunjukkan minat untuk mewakili pasukan itu, tahun depan selain beberapa pemain import. - Bernama

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1010&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4j7GIS6Yi
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan