ARKIB : 23/04/2005
IPOH - Terengganu berjaya
mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Jenderata 2-0 dalam perlawanan
Kumpulan B Liga Perdana di Stadium Perak di sini semalam.
Pasukan pelawat itu membuka
jaringan seawal minit ke-3 menerusi jaringan Marcos Alexandre.
Bagaimanapun mereka terpaksa
menunggu sehingga minit ke-82 untuk jaringan kedua dalam perlawanan itu, yang
berlangsung di atas padang basah.
Gol kedua Terengganu disumbangkan
oleh Luis Fernando Gomes akibat kesilapan pemain pertahanan Jenderata.
Perlawanan itu sepatutnya
dilangsungkan di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut tetapi
terpaksa dipindahkan ke sini kerana kerosakan lampu limpah stadium TLDM itu.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4iPH1uOF0
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan