Sharbinee masih tidak beraksi
menentang Felcra.
BERNAMA
Kuala Terengganu: Penjaga gol
utama Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli tidak akan diturunkan dalam
saingan Piala FA menentang Felcra di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di
sini, malam ini.
Ketua jurulatih Terengganu,
Irfan Bakti Abu Salim berkata pemain itu masih memerlukan rehat selepas
menjalani rawatan di Kelantan baru-baru ini.
Mohd Sharbinee dilaporkan
mengalami masalah jangkitan paru-paru dan posisinya akan diisi oleh Amierul
Hakimi Awang.
"Kita akan rehatkan beliau
sementara bagi membolehkannya menjalani rawatan dan semoga cepat pulih agar
dapat kembali beraksi.
"Selain itu beberapa
pemain lain juga tidak akan diturunkan malam ini sebagai persediaan menentang
Negeri Sembilan dalam aksi Liga Perdana, Jumaat ini," katanya.
Mengulas aksi Piala FA malam
ini, Irfan Bakti mahukan anak buahnya melupakan kemenangan tiga kali
berturut-turut dalam saingan Liga Perdana, sebaliknya memberi perhatian penuh
untuk pertemuan dengan Felcra.
"Pemain tidak boleh
mengambil mudah kemampuan lawan, sebaliknya terus bertekad mempamerkan aksi
terbaik," katanya.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Isnin, 13 Februari 2017 @ 4:07 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan