Rabu, 27 Julai 2016

Terengganu risau serangan masih tumbul

ARKIB : 05/03/1998
KETUMPULAN barisan serangan masih menghantui pasukan Terengganu dalam mengejar cita-cita mereka mara ke Perdana satu musim ini, WAN ABD. RAHMAN HAYAT melaporkan.

Keputusan seri 1-1 dengan Johor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam kelmarin merupakan pengajaran bagi pasukan Penyu supaya terus mengilap barisan hadapan mereka.

Ketumpulan bahagian tersebut pastinya akan memberi tekanan kepada baghagian tengah dan pertahanan walaupun mereka bermain dengan baik.

Penyerang Hungary, Josef Kovach masih kurang cergas serta belum dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan tempatan, manakala Wan Ahmad Ridzuan Husain dan Sapian Wahid juga kurang menyerlah.

Pengurus pasukan, Datuk Che Mat Jusoh ketika ditemui mengakui kelemahan tersebut dan memberi jaminan akan membaikinya segera sebelum bertandang ke Kota Bharu, Selasa ini.

Katanya, apa yang penting ialah membina sefahaman antara ketiga-tiga penyerang tersebut supaya mereka bergerak dengan sempurna.

Tambahnya, dalam permainan kelmarin kurang persefahaman merupakan punca yang menghalang mereka bertindak cemerlang merobek pintu gol lawan.

''Sepatutnya kita mendahului pada babak pertama tetapi banyak peluang yang diperolehi dipersiakan begitu sahaja,'' ujarnya.

Selain dari bahagian hadapan bahagian lain juga mengalami masalah yang sama tetapi tidak begitu ketara kerana dibarisi beberapa pemain berpengalaman.

Jean Nyima, Syamsul Saad dan Azman Ismail memantapkan bahagian pertahanan semenrara Badrul Hisham Abdullah, Anuar Jusoh dan Seidu berada kukuh di bahagian tengah.

Pada keseluruhannya pengurus itu berpuas hati dengan permainan anak buahnya malam tadi terutama dari segi semangat juang yang tidak pernah padam hingga ke akhir permainan.

''Kecuali dua pemain yang masih gugup yang lain telah menunjukkan persembahan yang baik, itu merupakan petanda baik bagi kita,'' tambahnya.

Che Mat berkata, dalam latihan selepas ini tumpuan akan diberikan kepada pembentukan persefahaman antara pemain supaya mereka mampu bergerak dalam satu pasukan.

Menyedari pasukannya diintip beberapa pegawai pasukan Kelantan kelmarin, pengurus itu berkata, beberapa pendekatan baru akan dibuat untuk menghadapi pasukan jiran itu nanti.

''Walaupun belum tahu corak permainan pasukan baru mereka tetapi kami tahu bagaimana untuk menghadapi mereka,'' ujarnya.


Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_05.htm#ixzz4FcuayANG © Utusan Melayu (M) Bhd

Isnin, 25 Julai 2016

PBSNT adakan majlis tandangani kontrak esok

ARKIB : 24/01/1998
PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terngganu (PBSNT) akan mengadakan majlis menandatangani kontrak pemain-pemain pasukan Liga Perdananya, esok.

Setiausaha Agung PBSNT, Abdullah Salleh berkata, seramai 25 pemain termasuk dua pemain import, Jean Nyima dari Camaroon dan Seidu Issifu dari Guinea, akan menandatangani kontrak masing-masing.

Abdullah berkata, dua pemain anak Terengganu yang berkhidmat di Perlis telah pulang untuk membantu meningkatkan prestasi pasukan penyu musim ini.

Mereka ialah pemain tengah, Badrul Hisham Abdullah dan Anuar Jusoh (pertahanan), yang sudah mula berlatih dengan Terengganu beberapa hari lepas.

Selain itu Sofian Wahid dari Melaka dan Syamsol Musa (Perak) juga menyertai pasukan Terengganu musim ini, katanya.

Beliau berkata, majlis menandatangani kontrak itu akan dilangsungkan di hadapan Presiden yang juga pengurus pasukan, Datuk Che Mat Jusoh di pejabat persatuan.

Mengenai pengambilan pemain import ketiga bagi mengganti Mohamad Kann yang digugurkan, beliau berkata Terengganu masih mencari penyerang import yang berbisa bagi memantapkan pasukan.

Menurut beliau dua penyerang yang diidamkan, masing-masing dari Iran dan Nigeria hingga kini belum muncul untuk ujian pemilihan sebagaimana yang dijanjikan mereka sebelum ini.

Abdullah berkata, berdasarkan faksimili yang dihantar penyerang dari Iran, Vorosh Fakgsian, dia dijangka tiba di Kuala Terengganu 14 Januari lepas manakala penyerang muda dari Nigeria, Patrick Olalere, sepatutnya sampai Ahad lepas.

Berdasarkan maklumat yang diterima, Olalere, 24, adalah penjaring terbanyak kelab terkemuka di Nigeria, Scores, yang layak ke perlawanan akhir Piala FA negara itu, katanya.

Abdullah berkata, PBSNT telah menerima maklumat terbaru daripada Fakgsian, semalam mengatakan dia akan tiba di sini untuk ujian pada Ahad ini. Fakgsian dikatakan mengadapi masalah visa untuk datang ke sini. - Bernama.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_06.htm#ixzz4FQq4rpOo © Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 23 Julai 2016

Zubir kembali berlatih

ARKIB : 12/01/1998
BEKAS penjaga gol Terengganu, Zubir Ibrahim akan kembali menyarung jersi hitam putih musim ini setelah meninggalkan pasukan itu dua musim lalu, lapor WAN ABD RAHMAN HAYAT.

Zubir merupakan penjaga gol utama pasukan pantai timur itu sehingga musim 1995 dan memilih untuk bersama pasukan Liga Amatur kerana enggan menjadi pemain profesional.

Pemain itu kembali menjalani latihan bersama skuad Terengganu sejak Selasa lalu yang dikendalikan oleh jurulatih Abdul Rahman Ibrahim.

Sentuhan Zubir nampaknya masih berbisa dan jelas memikat pengurusan Terengganu untuk membawanya kembali bersama pasukan hitam putih itu musim ini setelah tidak menyambung kontrak Wan Kamaruzaman Muhamad.

Pengurus pasukan, Datuk Che Mat Jusoh berkata, pihaknya akan melihat dulu persembahan pemain itu sebelum membuat tawaran kepadanya.

Pada dasarnya beliau masih berminat untuk mengambil Zubir memandangkan pemain itu masih mempunyai sentuhan yang berbisa.

Menurutnya, beliau kagum dengan minat Zubir untuk kembali turun berlatih dan ini merupakan petanda baik untuk Terengganu yang ketandusan penjaga gol yang berkaliber.

''Seperti pemain lain, penjaga gol itu perlu membuktikan keupayaan sebenarnya terlebih dahulu,'' ujarnya.

Katanya, Zubir merupakan calon yang ada setakat ini untuk mengisi satu lagi tempat penjaga gol yang ditinggalkan oleh Wan Kamaruzaman.

''Setelah melihat permainannya, saya yakin dia (Zubir) masih mampu menjadi penjaga gol yang baik. Saya akan berbincang dengannya sedikit masa lagi berkenaan dengan kontraknya jika dia terpilih,'' jelasnya.

Berkenaan pemain lain, Che Mat berkata, pihaknya bersetuju dengan pendapat jurulatih Abdul Rahman Ibrahim yang akan menggugurkan mana-mana pemain yang menunjukkan persembahan kurang baik.

Katanya, setiap pemain harus bermain dengan baik dan menunjukkan komitmen yang tinggi jika tidak mereka akan digugurkan.

''Saya juga tidak mahu ada penumpang dalam pasukan dan kita hanya akan pilih yang terbaik musim ini,'' ujarnya.

Sementara itu, pengurus itu akan mengadakan perbincangan dengan Jean Nyima yang baru pulang ke Terengganu semalam mengenai gaji pemain tersebut hari ini.

Katanya, Majlis PBSNT akan mengadakan mesyuarat petang ini bersama pemain tersebut mengenai gaji pemain tersebut dan rakannya Seiddu Issifu.

Katanya, kemungkinan gaji pemain tersebut akan dibayar berdasarkan nilai ringgit tidak dolar Amerika kerana ia amat membebankan.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_05.htm#ixzz4FIYLUIO5 © Utusan Melayu (M) Bhd

KEPUTUSAN MASA PERTAMA LIGA SUPER 23.7.2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PDRM       0-1 FELDA
                        m-35 Lutfulla Turaev  
Perak               1-0 Terengganu
m-26 Kenny Pallraj
Kelantan 0-0 Pahang
Pulau Pinang 0-0 Selangor
Kedah 0-0 PBDKT T-Team
Pulau Pinang   1 -1      Selangor


TERKINI LIGA SUPER 23.7.2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PDRM       0-1 FELDA
                        m-35 Lutfulla Turaev  
Perak               1-0 Terengganu
m-26 Kenny Pallraj
Kelantan 0-0 Pahang
Pulau Pinang 0-0 Selangor

Kedah 0-0 PBDKT T-Team

TERKINI LIGA SUPER 23.7.2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PDRM 0-0 FELDA
Perak 1-0 Terengganu
m-26 Kenny Pallraj
Kelantan 0-0 Pahang
Pulau Pinang 0-0 Selangor

Kedah 0-0 PBDKT T-Team

Terengganu lebih pentingkan kualiti -- Kedudukan pemain lama belum selamat

ARKIB : 07/01/1998
SELAIN dua pemain import, Jean Nyima dan Seidu Issifu, kedudukan 10 pemain musim lalu yang berada dalam senarai musim ini masih belum selamat jika mereka tidak mempunyai kualiti yang dikehendaki oleh jurulatih Abdul Rahman Ibrahim.

WAN ABD. RAHMAN HAYAT melaporkan, bekas jurulatih Perlis itu memulakan latihan semalam dengan amaran mereka yang tidak menunjukkan persembahan terbaik akan digugurkan.

Walapun latihan semalam merupakan sesi suai kenal tetapi ia jelas merupakan cabaran bagi pemain-pemain yang ingin menyarung jersi hitam putih musim ini.

Antara pemain-pemain musim lalu yang berada dalam senarai terdiri dari Tay Sin Kiat, Azlan Ismail, Azman Ismail, Wan Ahmad Ridzuan Husain, Badrul Afzan Razali, Rosdi Talib, Tee Choon Chai, Affandi Abdul Rahman, Fauzi Abdul Rahman dan Zulharisan Awang.

Turut menjalani latihan ialah bekas pemain kebangsaan dan Perlis, Anuar Jusoh dan Badrul Hisham Abdullah serta beberapa pemain baru yang mencuba nasib bersama Terengganu.

Menurutnya, sesi latihan petang semalam merupakan permulaan untuk latijan penyesuaian pemain serta menilai kemampuan pemain baru dan sedia ada.

Katanya, kecuali Anuar dan Badrul semua pemain akan dinilai kemampuan mereka sama ada berada pada tahap yang dikehendaki atau sebaliknya.

Kehadiran beberapa pemain dari beberapa negeri lain dalam latihan itu juga seolah-olah mencabar kedudukan mereka jika tidak menunjukkan permainan yang baik.

''Pada era profesional setiap pemain harus bersedia untuk digugurkan jika gagal menunjukkan persembahan terbaik dan tempatnya akan diganti oleh pemain lain... sekarang ini bukan lagi zaman kasihan belas,'' ujarnya.

Tambahnya, beliau akan memastikan hanya pemain yang benar-benar berkemampuan sahaja berada dalam pasukan musim ini supaya pasukan boleh bersaing dengan pasukan lain.

Katanya, setakat ini dia masih belum lagi dapat menilai kemampuan setiap pemain dan belum dapat menentukan kedudukan mereka dalam pasukan Terengganu.

Menyedari hakikat bahawa pencabar lain dalam permainan play off Mac ini semakin hebat, Abdul Rahman akan berusaha keras untuk memastikan pasukannya benar-benar mantap musim ini.

Jelasnya, Johor kini mempunyai lima pemain kebangsaan, Pulau Pinang juga tidak kurang hebatnya dengan kembalinya Merzergua Abderrazak, jadi Terengganu juga harus membentuk pasukan kuat untuk menyaingi mereka.

''Bersama Terengganu musim ini merupakan cabaran getir buat saya kerana terpaksa membawa pasukan ini dari bawah, saya harap dengan kerjasama semua pihak kita akan berjaya,'' tambahnya.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_04.htm#ixzz4FDl3rnGt © Utusan Melayu (M) Bhd