Ahad, 3 September 2017

Terengganu juara Piala Presiden



ARKIB : 23/09/2006

KUALA TERENGGANU – Dua gol menerusi Abdul Manaf Mamat membantu Terengganu muncul juara apabila menewaskan MPPJ 2-0 dalam perlawanan akhir bola sepak Piala Presiden di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, malam tadi.

Hujan lebat jelas membawa rahmat buat Terengganu walaupun diberikan tentangan hebat oleh MPPJ mengikat kedudukan 0-0 hingga tamat babak pertama.

Begitupun pada babak kedua menyaksikan penguasaan Terengganu hingga pada minit ke-85 Abdul Manaf meledakkan jaringan pembukaan.

Dua minit selepas itu dia sekali lagi bertindak cemerlang menambah jaringan kedua Terengganu sekali gus membantu kemenangan dinobatkan selaku juara.

Kejayaan Terengganu itu lebih manis apabila Abdul Manaf dinobatkan selaku Pemain Terbaik perlawanan akhir.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz4rcWbzZCa
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan