MyMetroArena
Oleh Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.mySKUAD Melaka berjaya mencipta kejutan selepas mengatasi Terengganu FC (TFC) 1-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini.
Malah kemenangan ke atas lawan yang berada di tangga kedua liga itu membolehkan skuad Hang Tuah kini mengumpul sembilan mata sekali gus menjauhi zon penyingkiran ke Liga Perdana.Bagaimanapun, TFC yang cuba meneruskan rentak kemenangan hampir merobek gawang tuan rumah namun percubaan kapten pasukan, Lee Tuck berjaya ditepis keluar penjaga gol Melaka, Khairul Fahmi Che Mat.
Aksi seimbang kedua-dua pasukan dengan hantaran pendek menyaksikan bola lebih banyak berada di bahagian tengah padang.
Ferris Danial yang memiliki ruang terbaik pada minit ke-29 melakukan rembatan kencang ke kiri gawang pelawat namun sedikit tersasar.
Diikuti lima minit selepas itu Khairul Anwar Shahrudin melakukan percubaan dari jarak 30 meter namun tinggi melepasi palang gol TFC.Bersambung babak kedua anak buah jurulatih Zainal Abidin Hassan lebih banyak melakukan gerakan agresif bagi mencari gol kemenangan sekali gus ceria di laman sendiri.
Kesungguhan Melaka untuk meraih mata maksimum begitu membara namun tiga percubaan barisan depan mereka menerusi Ferris (m-49), Uche Agba (m-53) dan Sony Norde (m-55) hanya melambung tinggi melepasi palang gol.Penantian dan penguasaan Melaka akhirnya berjaya mencipta gol pembukaan pada minit ke-61 menerusi rembatan Agba selepas menerima hantaran lintang Norde.
Gol yang berpunca daripada gerakan lincah Norde yang bijak melepasi kekangan benteng lawan terus menuju ke dalam kotak penalti dan melintangkan bola kepada Agba yang tidak dikawal membolehkan bekas penyerang PDRM itu mudah menewaskan penjaga gol Mohd Sharmiza Yusoff.Kemenangan berkenaan membolehkan Melaka berada di landasan terbaik untuk mengintai kelompok tiga teratas liga dengan baki lima perlawanan.sumber-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2020 @ 11:15 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan