Isnin, 28 September 2020

Azalinullah tak 'makan' pujian

MyMetroArena



Malik Muhamad

sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Bintang muda meningkat naik Terengganu FC (TFC), Muhammad Azalinullah Mohammed Alias tidak mahu hanyut dibuai pujian sebaliknya pemain berusia 24 tahun itu akui masih perlu banyak belajar jika mahu menjadi pemain terbaik.

Pemain tengah kelahiran Kampung Ladang, Kuala Terengganu itu menjadi pilihan jurulatih, Nafuzi Zain untuk diturunkan dalam kesebelasan utama skuad Penyu bergandingan dengan pemain kebangsaan Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov selepas berjaya memperagakan aksi begitu meyakinkan.

Ketika bertemu PDRM di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak, Jumaat lalu, bekas pemain skuad kebangsaan bawah 19 tahun itu mempamerkan aksi bertenaga di jentera tengah malah dia tidak kekok walaupun dibayangi dua bintang import, Sanjar dan kapten pasukan, Lee Tuck.

Setakat ini, dia membuat lapan penampilan dalam saingan Liga Super musim ini kecuali bertemu PJ City selepas menerima dua kad kuning ketika menentang Selangor.

"Selepas berada dalam kesebelasan utama musim ini, keyakinan saya kian bertambah untuk memperagakan aksi lebih mantap lebih-lebih lagi mendapat tunjuk ajar daripada rakan sepasukan termasuk Sanjar dan Tuck selain barisan jurulatih.

"Saya juga kian serasi bergandingan dengan Sanjar, terima kasih barisan jurulatih yang memberi kepercayaan, namun saya tidak mahu hanyut dibuai pujian serta mendabik dada, sebaliknya masih banyak yang perlu dipelajari untuk menjadi pemain terbaik,'' kata Azalinullah.

Menjelang pertemuan dengan Felda United hujung minggu ini, Azalinullah akui motivasinya kini kian meningkat sesudah pasukannya berjaya menamatkan episod kekalahan kali ketiga berturut-turut selepas membenam cabaran The Cops 4-0.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 6:40 PM

Rabu, 23 September 2020

Cabar TFC lakar tiga kemenangan - Shahrizal

MyMetroArena



Malik Muhamad

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Pengurus pasukan Terengganu FC (TFC), Ahmad Shahrizal Yahya mencabar pemainnya merakam kemenangan dalam baki tiga perlawanan lagi selepas mengalami tiga kekalahan berturut-turut sebelum ini.

Menurut Ahmad Shahrizal, kemenangan dalam tiga aksi terakhir itu nanti penting buat pasukan untuk menghuni di kelompok terbaik liga selepas impian berada di kedudukan kedua bagaikan sudah berkubur.

"Kita tiada pilihan lain kecuali perlu mengutip mata penuh dalam baki tiga perlawanan itu bagi memperbaiki kedudukan liga selepas hasrat untuk mengakhiri cabaran di tangga kedua semakin sukar.

"Kemenangan juga amat penting sebagai pemangkin semangat dan persediaan buat pasukan menghadapi saingan Piala Malaysia," kata Shahrizal.

Pada aksi Sabtu lalu, skuad kendalian Nafuzi Zain itu tewas mengejut kepada pendatang baharu Liga Super, UiTM FC 2-1 sekali gus menimbulkan perdebatan dalam kalangan peminat setia skuad Penyu itu.

Ketika ditanya adakah pemain gagal beraksi dengan baik ketika berkunjung ke Stadium UiTM Shah Alam itu, Shahrizal menafikannya.

Sebaliknya beliau menjelaskan kemungkinan taktikal dan strategi yang direncanakan sudah dapat dibaca pasukan lawan menyebabkan skuad TFC tersungkur kepada pasukan The Lions Troop itu.

Bagaimanapun Shahrizal berkata, beliau berkeyakinan pemain akan bangkit dalam baki tiga perlawanan lagi untuk mengintai kedudukan yang lebih baik dalam saingan Liga Super.

Selain itu beliau percaya barisan jurulatih sudah pasti akan merencana taktikal dan strategi lebih berkesan terutama menerima kunjungan pasukan tercorot liga, PDRM pada Jumaat ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

"Kami tidak mahu menyalahkan pemain ketika pertemuan dengan UiTM tempoh hari, mereka sudah memperagakan aksi yang baik sepanjang 90 minit dengan beberapa percubaan tepat selain beraksi secara berpasukan.

"Namun taktikal kita mungkin sudah dapat dibaca pasukan lawan selain tiada rezeki untuk menang adalah antara faktor kita tewas," katanya yang juga tidak menyalahkan barisan jurulatih.

TFC kini menghuni di tangga keenam liga dengan mengutip 10 mata hasil lapan perlawanan dengan merekod tiga kemenangan, sekali seri dan empat kali tewas.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2020 @ 6:41 PM

Sabtu, 19 September 2020

Usah ulangi kesilapan - Nafuzi

MyMetroArena



Malik Muhamad

sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Pemain Terengganu FC (TFC) perlu mengelak daripada melakukan kesilapan mudah terutama di dalam dan berdekatan kotak penalti kerana ia mampu menghadiahkan 'jaringan percuma' kepada pihak lawan.

Peringatan itu disuarakan ketua jurulatih, Nafuzi Zain yang tidak mahu episod malang tewas dengan jaringan mudah kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) minggu lalu tidak lagi berulang apabila skuadnya berkunjung di Stadium UiTM Shah Alam bertemu UiTM malam esok.

Baginya kesilapan boleh dielak jika semua pemain lebih fokus dan mengamalkan komunikasi berkesan selain mengikut taktikal yang sudah dirancang sebagaimana ketika sesi latihan.

Bagaimanapun jurulatih kelahiran Kelantan itu tetap menaruh kepercayaan yang tinggi anak buahnya mampu bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut untuk merakam kemenangan.

"Kita tahu pasukan UiTM juga bukannya lawan yang mudah, pungutan mata pun sama dengan Terengganu, jadi saya lihat tugas berat menanti kami.

"Bukan UiTM saja, malah semua baki empat perlawanan lagi bukan tugas yang mudah kerana semua pasukan kini bertungkus-lumus memburu kemenangan untuk berada di tempat terbaik Liga Super, lagi pun liga hanya dilangsungkan pusingan pertama sahaja.

"Justeru kita perlu melakukan persiapan yang rapi selain tidak melakukan kesilapan mudah yang mungkin boleh membawa padah buat pasukan selain pemain perlu fokus 100 peratus setiap masa bagi memastikan tidak dihukum lawan kerana kita perlukan kemenangan bagi mengintai kedudukan yang lebih baik dalam liga," kata jurulatih muda meningkat naik itu.

Sementara itu, pengurus pasukan, Ahmad Shahrizal Yahya mencabar barisan pemain skuad itu membuktikan kemampuan sebenar lebih-lebih lagi semua pemain berada pada tahap terbaik kecuali Babacar Diallo yang cedera.

Shahrizal turut menuntut barisan pemain tidak melakukan sebarang kesilapan sebaliknya perlu lebih fokus dalam misi mengintai kedudukan terbaik liga musim ini berbanding ketujuh musim lalu.

"Pemain perlu memberi tumpuan bertemu UiTM dengan baki empat perlawanan lagi dan jadikan dua kekalahan berturut-turut sebelum ini sebagai pengajaran dan motivasi untuk memburu kemenangan.

"Apa yang kami harapkan ialah pemain perlu mempamerkan aksi sebenar mereka dengan meningkatkan prestasi kerana itu adalah jalan terbaik untuk memastikan impian kami tercapai," kata Shahrizal.

Berdasarkan kedudukan terkini, skuad Penyu itu berada di tangga kelima liga dengan mengumpul 10 mata hasil tujuh perlawanan dengan merakam tiga kemenangan, sekali seri serta tiga kali tewas.

TFC mampu berada di tangga kedua liga jika sekiranya mencatat semua kemenangan bertemu UiTM, PDRM, FELDA United dan terakhir dengan pasukan jiran, Pahang.SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2020 @ 10:39 AM

Ahad, 13 September 2020

Terengganu kalah melawan – Nafuzi

PEMAIN JDT meraikan jaringan Safawi Rasid ketika menentang Terengganu FC dalam aksi Liga Super semalam. - IHSAN TERENGGANU FC

Oleh ROSALINDA MD SAID

12 September 2020, 8:32 pm

KUALA NERUS: Walaupun tewas 0-1 dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), namun pengendali Terengganu FC, Mohd. Nafuzi Zain tetap berbangga dengan aksi cemerlang anak buahnya dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak semalam.

Malah, Mohd. Nafuzi mengakui persembahan pasukannya malam tadi cukup baik dan mungkin setanding dengan skuad Harimau Selatan yang ketika ini mengungguli carta dengan mengumpul 19 mata.

Kita bukan kalah dengan mudah, pemain saya berjuang dari minit pertama sampai ke-90.

Saya rasa dengan apa yang dipamerkan pemain malam ini mungkin setanding dengan JDT atau lebih baik daripada JDT, jadi saya harus berbangga dengan mereka,” katanya selepas perlawanan Liga Super menentang JDT di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

MOHD. Nafuzi Zain

Gol tunggal Safawi Rasid membawa JDT menghampiri kejuaraan Liga Super ketujuh berturut-turut.

Anak-anak buah Benjamin Mora membuka jaringan seawal minit kelima selepas Safawi memanfaatkan kesilapan pertahanan tuan rumah, Argzim Redzovic yang tertolak bola ke belakang.

Sementara itu, Mora gembira dengan momentum kemenangan tanpa bolos pasukannya, walaupun terkesan dengan tekanan hebat yang diberikan TFC menerusi tempo permainan yang pantas dan sengit.

Kita sudah buat yang terbaik dengan berjaya mengumpul tiga mata dan semakin menghampiri matlamat untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super.“Terengganu FC bukan lagi pasukan sama seperti tahun lalu atau tahun sebelumnya, permainan yang ditonjolkan cukup baik dan saya menghargai perkembangan mereka yang sekali gus menjadikan saingan lebih bermakna,” katanya.SUMBER-SUKAN UM ONLINE

Sabtu, 12 September 2020

Nafuzi tetap puji aksi pemain

MyMetroArena


NAFUZI berkata pemainnya dihukum di awal permainan. FOTO NSTP  Muhamad

sukanteam@nstp.com.my"KITA bukan kalah dengan mudah," Demikian reaksi pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain selepas pasukannya tewas tipis 0-1 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi ketujuh saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, semalam.Nafuzi akui anak buahnya sudah memperagakan aksi terbaik sepanjang perlawanan itu, namun kesilapan mudah pada awal permainan mengundang padah selepas dihukum pemain kelahiran Dungun, Safawi Rasid pada minit kelima perlawanan.

"Keseluruhan permainan yang ditunjukkan pemain saya gembira dan bangga, walaupun kita tewas, tapi kita bukan kalah dengan mudah, pemain berjuang dari minit pertama hingga ke 90 minit.

"Selepas JDT menjaringkan gol, saya lihat pemain betul-betul bermain, babak kedua kita lebih banyak menguasai permainan, bermain dengan JDT semua tahu kekuatan pasukan itu.

"Saya rasa dengan apa yang dipamerkan pemain malam ini (semalam) mungkin setanding atau lebih baik daripada JDT, jadi saya harus berbangga dengan mereka," katanya.

Ketika ditanya adakah anak buahnya terlalu menghormati pasukan lawan pada awal permainan sehingga melakukan kesilapan, Nafuzi tidak menafikannya.

"Mungkin di awal permainan pemain terlalu menghormati JDT, hilang keyakinan diri, jadi kesudahannya kita dihukum hasil kesilapan kita sendiri.

"Jaringan yang diperolehi JDT adalah kesilapan komunikasi antara pertahanan dengan penjaga gol, tapi saya tidak menyalahkan mana-mana pemain. Dalam bola sepak jika kita buat kesilapan mudah akan dihukum.

"Lebih menyukarkan apabila penyerang, Dominique da Sylva tidak diberi ruang, tapi saya lihat semua pemain berkeyakinan dan kita boleh lihat bagaimana kami tewas," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2020 @ 2:00 PM

Jumaat, 4 September 2020

Terengganu pula jadi mangsa Melaka United

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD

4 September 2020, 11:23 pm

MELAKA: Selepas Perak, Melaka United membenam pula pasukan di tangga kedua Liga Super, Terengganu FC dengan jaringan 1-0 dalam aksi di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Jaringan tunggal penyerang import skuad Hang Tuah, Uche Agba pada minit ke-60 itu sudah cukup untuk memastikan Melaka United membawa pulang mata penuh.

Uche nyata tidak mensia-siakan hantaran Sony Norde apabila dengan mudah memperdayakan penjaga gawang pasukan pelawat, Mohd. Shamirza Yusoff untuk jaringan itu.

Anak-anak buah Zainal Abidin Hassan terus menggandakan asakan bagi memburu gol, namun beberapa percubaan yang dilakukan tersasar dan berjaya ditepis Mohd. Sharmiza.

Pasukan pelawat juga dilihat tidak berputus asa untuk menjaringkan gol penyamaan tetapi tiupan wisel penamat daripada pengadil, Zulkifli Ahmad menutup peluang skuad Terengganu.

Kemenangan kedua selepas Liga Super bersambung semula itu turut melonjak kedudukan Melaka United ke tangga teratas yang sebelum ini dipotong mata oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).


Skuad Hang Tuah akan berkunjung ke Shah Alam, Jumaat depan bagi aksi menentang Selangor.SUMBER=UM ONLINE

Melaka atasi TFC

 SUKAN»Bola

Jumaat, 4 September 2020 | 11:26pm

Penjaring gol tunggal Melaka, Uche Agba berdepan pertahanan TFC di Stadium Hang Jebat Paya Rumput. - NSTP/NAZRI ABU BAKAR

Penjaring gol tunggal Melaka, Uche Agba berdepan pertahanan TFC di Stadium Hang Jebat Paya Rumput. - NSTP/NAZRI ABU BAKAR

Melaka atasi TFC

Oleh Nazri Abu Bakarsukanteam@nstp.com.my

MELAKA: Skuad Melaka mencipta kejutan selepas mengatasi Terengganu FC (TFC) 1-0 di Stadium Hang Jebat Paya Rumput sebentar tad.Kemenangan mengatasi lawan yang berada di tangga kedua liga itu membolehkan skuad Hang Tuah mengumpul sembilan mata sekali gus menjauhi zon bahaya penyingkiran ke Liga Perdana.

Bagaimanapun, TFC yang cuba meneruskan rentak kemenangan hampir menrobek gawang tuan rumah namun percubaan kapten pasukan, Lee Tuck ditepis keluar penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Aksi seimbang kedua-dua pasukan dengan pergerakan hantaran pendek menyaksikan bola lebih banyak berada di bahagian tengah padang.Ferris Danial memiliki peluang terbaik pada minit ke-29 melakukan rembatan kencang ke kiri gawang pelawat namun sedikit tersasar diikuti lima minit selepas itu apabila Khairul Anwar Shahrudin melakukan percubaan dari jarak 30 meter namun tinggi melepasi palang gol TFC.

Kesungguhan Melaka untuk meraih mata maksimum begitu membara namun tiga percubaan barisan depan mereka menerusi Ferris (m-49), Uche Agba (m-53) dan Sony Norde (m-55) hanya melambung tinggi melepasi palang gol.Melaka akhirnya berjaya mencipta gol pembukaan pada minit ke-61 menerusi rembatan Agba selepas menerima hantaran lintang Norde.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

TFC tersungkur di bumi Melaka

MyMetroArena

AGBA (kiri) meraikan jaringan.

Oleh Nazri Abu Bakar

sukanteam@nstp.com.mySKUAD Melaka berjaya mencipta kejutan selepas mengatasi Terengganu FC (TFC) 1-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini.

Malah kemenangan ke atas lawan yang berada di tangga kedua liga itu membolehkan skuad Hang Tuah kini mengumpul sembilan mata sekali gus menjauhi zon penyingkiran ke Liga Perdana.Bagaimanapun, TFC yang cuba meneruskan rentak kemenangan hampir merobek gawang tuan rumah namun percubaan kapten pasukan, Lee Tuck berjaya ditepis keluar penjaga gol Melaka, Khairul Fahmi Che Mat.

Aksi seimbang kedua-dua pasukan dengan hantaran pendek menyaksikan bola lebih banyak berada di bahagian tengah padang.

Ferris Danial yang memiliki ruang terbaik pada minit ke-29 melakukan rembatan kencang ke kiri gawang pelawat namun sedikit tersasar.

Diikuti lima minit selepas itu Khairul Anwar Shahrudin melakukan percubaan dari jarak 30 meter namun tinggi melepasi palang gol TFC.Bersambung babak kedua anak buah jurulatih Zainal Abidin Hassan lebih banyak melakukan gerakan agresif bagi mencari gol kemenangan sekali gus ceria di laman sendiri.

Kesungguhan Melaka untuk meraih mata maksimum begitu membara namun tiga percubaan barisan depan mereka menerusi Ferris (m-49), Uche Agba (m-53) dan Sony Norde (m-55) hanya melambung tinggi melepasi palang gol.Penantian dan penguasaan Melaka akhirnya berjaya mencipta gol pembukaan pada minit ke-61 menerusi rembatan Agba selepas menerima hantaran lintang Norde.

Gol yang berpunca daripada gerakan lincah Norde yang bijak melepasi kekangan benteng lawan terus menuju ke dalam kotak penalti dan melintangkan bola kepada Agba yang tidak dikawal membolehkan bekas penyerang PDRM itu mudah menewaskan penjaga gol Mohd Sharmiza Yusoff.Kemenangan berkenaan membolehkan Melaka berada di landasan terbaik untuk mengintai kelompok tiga teratas liga dengan baki lima perlawanan.sumber-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2020 @ 11:15 PM

Pulau Pinang intai status pendahulu Liga Premier

  SUKAN

SHAMIRZA tekad mempertahankan pintu golnya daripada dibolosi apabila bakal bertemu Melaka. FOTO Ihsan TFC

AZMI menggesa rakan-rakan sepasukannya untuk mengambil peluang memburu tiga mata apabila menentang Negeri Sembilan di Stadium Bandaraya malam esok.

Pulau Pinang intai status pendahulu Liga Premier

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH

3 September 2020, 8:50 pmKUALA LUMPUR – Kapten Pulau Pinang, Azmi Muslim menyifatkan perebutan status pendahulu Liga Premier kembali terbuka selepas Terengganu FC II keciciran tiga mata pada aksi kelima minggu lalu.

Ia membuka peluang kepada skuad Harimau Kumbang merapatkan jurang apabila menang 3-0 ke atas Kelantan pada Sabtu lalu sekali gus dibezakan dua mata untuk memintas Terengganu FC II sebagai pendahulu Liga Premier.

Justeru, Azmi menggesa rakan-rakan sepasukannya agar tidak melepaskan peluang untuk mengutip tiga mata penuh menjelang perlawanan keenam Liga Premier menentang Negeri Sembilan di Stadium Bandaraya malam esok.

“Sebenarnya semua pasukan ada peluang jika melihat kepada carta liga sekarang kerana jurang mata agak rapat. Jadi, kami tidak boleh keciciran mata jika mahu muncul sebagai dua pasukan teratas musim ini.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh terlalu selesa kerana perjalanan masih jauh dan bertemu Negeri Sembilan bukan satu perlawanan mudah. Kami perlu berwaspada dengan kemampuan mereka yang mempunyai ramai pemain berpengalaman.

“Saya harap semua pemain dapat bekerja keras di atas padang membantu dua tonggak import iaitu Casagrande dan Endrick (Dos Santos) untuk perlawanan menentang Negeri Sembilan nanti,” katanya.

Pulau Pinang yang kini menduduki tangga kedua, pastinya mahu melebarkan rekod tanpa kalah mereka selepas berjaya meraih tiga kemenangan dan dua keputusan seri daripada lima perlawanan setakat ini.Selain skuad Harimau Kumbang, satu lagi pasukan dengan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan Liga Premier setakat ini ialah Kuala Lumpur yang akan berdepan Kelantan United malam esok.SUMBER – K! ONLINE

Mahu kekal rekod tanpa bolos

MyMetroArena

SHAMIRZA tekad mempertahankan pintu golnya daripada dibolosi apabila bakal bertemu Melaka. FOTO Ihsan TFC

Malik Muhamad

sukanteam@nstp.com.myPENJAGA gol Terengganu FC (TFC), Mohd Shamirza Yusoff tekad untuk mempertahankan kubunya daripada dibolosi lawan apabila pasukannya bakal membuat perhitungan dengan Melaka pada aksi keenam Liga Super di Stadium Hang Jebat, Jumaat ini.

Pemain berpengalaman kelahiran Rusila, Marang itu bagaimanapun akui tugas berat bakal menantinya kerana sudah pasti penyerang lawan yang diketuai Uche Agba dan Sonye Norde selain tonggak berpengalaman yang juga pakar sepakan percuma, Safiq Rahim mampu merobek pintu gol pasukannya.

"Apa yang perlu saya lakukan adalah fokus lebih 100 peratus berdepan dengan ancaman pemain lawan bagi mengelak pintu gol daripada dibolosi kerana impian kami juga mahu meneruskan rentak kemenangan ketiga berturut-turut.

"Selain itu jika sekali lagi saya disenaraikan dalam kesebelasan utama, harapan agar mampu untuk mengekalkan rentak permainan yang konsisten sebagaimana ketika bertemu Petaling Jaya (PJ City) dan Sabah, Sabtu lalu, begitu juga kepada rakan sepasukan.

"Tapi apa yang lebih penting adalah untuk bantu pasukan melakar kemenangan bagi mengukuhkan lagi kedudukan dalam saingan liga, jika tidak bolos itu adalah bonus buat saya dan pasukan," kata pemain yang mula menyarung jersi Terengganu pada 2011.


Pada pertemuan dengan PJ City dan Sabah, penjaga gol yang baharu dua kali beraksi dalam saingan Liga Super musim ini membalas kepercayaan jurulatih apabila beraksi cemerlang menghalang pintu golnya daripada dibolosi lawan selepas pasukannya mencatat kemenangan 2-0 menundukkan skuad The Phoenix dan 4-0 menewaskan skuad Tambadau.


Sebelum ini penjaga gol berusia 31 tahun itu lebih banyak memanaskan bangku simpanan pasukannya selepas dibayangi dua penjaga gol muda meningkat naik iaitu Muhammad Rahadiazli Rahalim dan Muhammad Ilham Amirullah Razali.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2020 @ 8:58 PM

Rabu, 2 September 2020

Sharmiza gerun sepakan percuma Safiq

 SUKAN»Bola

Rabu, 2 September 2020 | 10:19pm

Sharmiza mahu fokus 100 peratus hadapi Melaka.

Sharmiza mahu fokus 100 peratus hadapi Melaka.

Sharmiza gerun sepakan percuma Safiq

Oleh Malik Muhammad

bhsukan@bh.com.my

KUALA TERENGGANU: Penjaga gol Terengganu FC (TFC), Mohd Shamirza Yusoff tekad mempertahankan gawangnya daripada dibolosi apabila membuat perhitungan dengan Melaka pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Jumaat ini.

Pemain berpengalaman kelahiran Rusila, Marang itu bagaimanapun mengakui tugas berat bakal menantinya kerana sudah pasti penyerang lawan yang diketuai Uche Agba dan Sonye Norde selain tonggak berpengalaman yang juga pakar sepakan percuma, Safiq Rahim mampu menewaskannya jika tidak berwaspada.

"Apa yang perlu saya lakukan adalah fokus lebih 100 peratus berdepan dengan ancaman pemain lawan bagi mengelak pintu gol daripada dibolosi kerana impian kami juga mahu meneruskan rentak kemenangan ketiga berturut-turut.

"Tetapi apa lebih penting untuk bantu pasukan melakar kemenangan bagi mengukuhkan lagi kedudukan dalam saingan liga, jika tidak bolos itu adalah bonus buat saya dan pasukan," kata pemain yang mula menyarung jersi Terengganu pada 2011.

Pada pertemuan dengan PJ City dan Sabah, penjaga gol yang baharu dua kali beraksi dalam saingan Liga Super musim ini membalas kepercayaan jurulatih apabila beraksi cemerlang menghalang pintu golnya daripada dibolosi lawan selepas pasukannya mencatat kemenangan 2-0 menundukkan skuad The Phoenix dan 4-0 menewaskan skuad Tambadau.

Sebelum ini penjaga gol berusia 31 tahun itu lebih banyak memanaskan bangku simpanan selepas dibayangi dua penjaga gol muda meningkat naik iaitu Muhammad Rahadiazli Rahalim dan Muhammad Ilham Amirullah Razali.sukAN BH ONLINE