ARKIB : 07/09/2008
KUALA TERENGGANU - Bekas pemain
Perlis, Azlan Ismail dan bekas pemain Sarawak, Saharizan Mohamad sah akan
menjadi milik pasukan Terengganu dalam menghadapi kempen Liga Malaysia yang
akan bermula awal Januari tahun depan.
Setiausaha Persatuan Bola Sepak
Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh berkata keputusan itu dibuat dalam
mesyuarat jawatankuasa PBSNT malam tadi.
"Mesyuarat juga memutuskan
akan mengambil lima orang pemain muda daripada Piala Presiden untuk dinaikkan
ke pasukan Liga Malaysia," katanya semalam.
Beliau berkata, mesyuarat itu
juga bersetuju melantik Mohd Nik sebagai jurulatih dan Khalid Mohd. Dahan
sebagai pembantu jurulatih sementara Zubir Ibrahim kekal sebagai jurulatih
penjaga gol.
- Bernama
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0907&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz50NeIcAvo
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan