Ahad, 30 April 2017

TERKINI PIALA FA 30.4.2017


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pahang           0- 0     Negeri Sembilan


Kedah             0-0      Terengganu

Sabtu, 29 April 2017

Pemain kurang memuaskan digugur

ARKIB : 17/10/2004
PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menggugurkan pemain termasuk pemain import jika prestasi mereka sepanjang tahun ini didapati kurang memuaskan.
Pengurus pasukan, Sheikh Tajudin Sheikh Yusof berkata, tindakan itu perlu diambil bagi membolehkan pasukan itu mengambil pemain baru termasuk pemain import yang lebih baik untuk musim depan.
Bagaimanapun katanya, laporan prestasi pemain itu hanya akan dibincangkan pada mesyuarat peringkat eksekutif persatuan yang akan diadakan tidak lama lagi.
``Jika ada pemain yang kita rasakan kurang menonjol dan prestasinya tidak menentu, kita mungkin akan gugurkan mereka termasuk di kalangan pemain import,'' katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu, semalam.
Terengganu tahun ini gagal melayakkan diri ke Piala Malaysia selepas menduduki tangga kelima dalam Liga Premier tahun ini.
Bagaimanapun, kejayaan mereka menduduki tempat kedua dalam Piala FA selepas tewas kepada Perak 0-3, pada 10 Oktober lepas, mampu menceriakan sedikit pasukan itu.
Sheikh Tajudin berkata, mesyuarat itu akan membincangkan prestasi pasukan secara keseluruhan sepanjang tahun ini termasuk prestasi semua pemain.
Sementara itu, jurulatih pasukan Mohamad Nik berkata, Terengganu telah memberikan cuti kepada semua pemain pasukan itu selama sebulan bagi membolehkan mereka berpuasa.
Menurutnya, pasukan itu akan memu-lakan semula latihan intensif mereka selepas Hari Raya Aidilfitri. - Bernama

Jangan perkecil skuad Terengganu

ARKIB : 09/10/2004
Pengurus Pasukan Terengganu, Sheikh Tajudin Sheikh Yusof memberi amaran anak buahnya tidak boleh diperkecilkan pada perlawanan akhir Piala FA, Ahad ini meskipun Perak mempunyai lebih ramai pemain senior dan berpengalaman.
Menurut beliau, kedatangan Terengganu ke Stadium Bukit Jalil adalah misi mengubat kekecewaan selepas gagal melepasi kelayakan saingan Piala Malaysia dan tentu sekali peluang tersebut tidak akan disia-siakan begitu sahaja.
``Ini adalah saat paling penting kepada pemain untuk menebus maruah di kalangan penyokong Terengganu selepas dilihat agak tidak bermaya pada perlawanan peringkat Liga Perdana dahulu.
``Membawa Piala FA pulang ke Terengganu sekurang-kurangnya membuktikan bahawa kita sebenarnya sebuah pasukan yang kuat tetapi tidak bernasib baik sema-sa liga,'' katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu, semalam.
Sheikh Tajudin turut mengakui bahawa pasukan Seladang juga kini sebuah pasukan yang `tercedera' selepas kecewa ke suku akhir pada pusingan kelayakan Piala Malaysia tetapi yakin para pemain Terengganu mampu mengulangi sejarah kemenangan pada perlawanan akhir tahun 2001 dahulu.
``Mungkin di atas kertas pemain Perak dilihat mempunyai kelebihan tetapi dengan semangat juang yang kita bawa serta sokongan daripada rakyat dan pemimpin negeri, kita masih mempunyai harapan cerah untuk menang,'' katanya.
Jelas beliau, berdasarkan rekod pertemuan perlawanan akhir ia agak seimbang apabila Terengganu kalah dalam pertemuan pada tahun 1998 dengan tendangan penalti dan menang pada tahun 2001 pada masa tambahan.
``Ahad ini adalah pertemuan akhir kali ketiga yang memerlukan semangat juang tinggi untuk menentu siapa yang akan menang,'' ujar beliau.
Beliau berkata, pasukan di bawah jurulatih Mohamad Nik itu juga tidak meletakkan tanggungjawab memastikan kemenangan kepada beberapa pemain utama seperti Jurandir Dos Santos, Chanda Bwalya dan Alfa Potowabawi tetapi meletakkannya di atas tanggungjawab semua pemain.
Katanya, semua pemain yang bebas daripada kecederaan dan berada pada tahap kecergasan yang tinggi mempunyai peranan masing-masing secara berpasukan.

Jumaat, 28 April 2017

Perak, Terengganu tentukan juara

ARKIB : 12/09/2004
PEMAIN Perak, Asmawi Bakiri diapit oleh dua pemain PKNS sewaktu perlawanan separuh akhir kedua bola sepak Piala FA di Stadium MPS, Selayang semalam. Perak menang 2-0 dan layak ke perlawanan akhir menerusi agregat 3-0. - Gambar NAZUDEEN MAHMUD.


PERAK menghampiri kejuaraan Piala FA kedua apabila menumpaskan PKNS Selangor 2-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium MPS, Selayang semalam.
Bekas ketua pasukan kebangsaan, Ahmad Shahrul Azhar Suffian dan Keita Manjou menjaringkan gol masing-masing pada minit ke-84 dan 91 untuk membolehkan Perak melangkah ke akhir dengan kemenangan agregat 3-0.
Perak bermain tanpa penyerang dari Liberia, Frank Seator yang masih cedera dan pertahanan dari Argentina, Luciano Goux yang digantung perlawanan setelah mengutip kad merah ketika bertemu MPPJ Selangor dalam kempen Piala Malaysia, minggu lepas. Goux merupakan penjaring ketika Perak menang 1-0 di Ipoh sepuluh hari lepas.
Begitupun Perak gagal mencipta banyak peluang. Satu-satunya yang mereka peroleh pada babak pertama dipersiakan oleh Khalid Jamlus pada minit ke-37 apabila dia gagal menyambar kemas bola hantaran lintang pemain tengah, Mandjou.
Kedua-dua pasukan memperkukuhkan bahagian serangan pada babak kedua dengan Perak memasukkan V. Saravanan, yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring bagi menggantikan Chan Wing Hoong manakala PKNS memasukkan Rusdi Suparman menggantikan Khairul Anhar Taam.
Selepas beberapa kali menyaksikan rakan-rakannya di bahagian depan gagal menyempurnakan peluang, Ahmad Shahrul mencuba dari jarak 25 meter yang menewaskan penjaga gol PKNS, Mohd. Azrul Pie pada minit ke-84.
Ketika penyokong-penyokong Perak yang menguasai sebahagian besar tempat duduk di Stadium MPS merasakan sudah berpuas hati dengan agregat 2-0, Mandjou melepaskan rembatan kencang dari jarak 20 meter pada masa kecederaan untuk gol kedua.
Dengan kemenangan ini, Perak akan bertemu Terengganu pada perlawanan yang dijadual berlangsung pada 25 September ini.
WALAUPUN mencatat kemenangan 2-1 namun amukan dan impian Pahang untuk muncul juara berganda tahun ini musnah apabila mereka tumpas dengan agregat 3-2 kepada Terengganu pada separuh akhir kedua bola sepak Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam.
Beraksi dengan corak permainan pantas dengan mengatur serangan demi serangan sejak awal babak permainan, kesungguhan Pahang selaku juara Liga Super dikecewakan oleh ketangkasan penjaga gol Terengganu, Md. Syamsuri Mustaffa bersama rakan-rakannya di barisan pertahanan.
Permainan agak hambar pada separuh pertama walaupun hampir 25,000 penonton memenuhi stadium.
Namun berubah menjadi rancak sejurus jaringan awal Pahang menerusi sentuhan Mohd. Fadzli Saari pada minit kelima separuh kedua.
Jaringan itu umpama sinar buat Pahang namun keseronokan penyokong mereka hanya bertahan seketika. Kealpaan pemain Pahang pantas dihukum oleh pemain import Terengganu Dos Santos dari Brazil, hanya seminit selepas jaringan itu.
Barisan pemain Pahang yang masih bergembira dengan jaringan Fadzli tersentak dan mula kehilangan punca selepas itu.
Jaringan itu nyata menyentap semangat pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan yang mengimpikan kemenangan setelah tumpas 2-0 pada pertemuan pertama di Terengganu pada 1 September lalu.
Jaringan gol kemenangan pada masa kecederaan separuh kedua oleh pemain Pahang, Mamdou Diallo bagaimanapun tidak mampu mengubat luka pasukan Tok Gajah.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saat penentuan Perak,Terengganu

ARKIB : 11/09/2004
KETIKA Perak yakin mempertahankan kemenangan 1-0 ke atas PKNS Selangor apabila kedua-duanya bertemu lagi hari ini, Terengganu pula masih tidak selesa biarpun berkunjung ke Pahang dengan kelebihan 2-0 dalam separuh akhir kedua bola sepak Piala FA.
Kepulangan semula tiga tonggak utama, Frank Seator, Asmawi Bakiri dan Shahrulnizam Mustapha daripada kecederaan memantapkan skuad Seladang untuk menghadapi perlawanan genting di Stadium Selayang malam ini.
Berita terbaru ini melegakan jurulatih Perak, Toni Netto yang sebelum ini sudahpun hilang empat tonggak lain, Richardo Silva, K. Nantha Kumar dan Liew Kit Kon akibat kecederaan, manakala Luciano Goux dilayangkan kad merah.
``Pemain muda seperti R. Surendran, Mohd. Azlan Zainal, K. Yoganathan dan Harizul Izuan Abd. Rani kini diuji bagi mengisi kekosongan pemain utama,'' kata Netto.
Sementara itu Terengganu masih belum berasa selesa walaupun mengatasi juara Liga Super, Pahang 2-0 pada peringkat pertama dan bertekad untuk memburu jaringan awal di Stadium Darul Makmur malam ini.
Jurulatihnya, Mohamad Nik mengarahkan pemain-pemainnya bermain bermati-matian apabila bertandang ke Kuantan yang disifatkan sebagai malam penentuan.
``Saya telah mengarahkan kepada semua pemain agar tidak terlalu yakin dengan kelebihan dua jaringan itu memandangkan masih terdapat baki permainan selama 90 minit lagi.
``Apa yang saya harapkan ialah pemain memberi tumpuan penuh terhadap perlawanan itu nanti di samping mereka mesti mengekalkan corak permainan pantas dan agresif bagi menyerang ke kubu lawan,'' katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Menurut Mohamad Nik, ia penting kerana setiap kelekaan akan membawa padah kepada pasukan itu yang sudah pasti mendapat tentangan hebat dan sengit daripada pemain tuan rumah.
Mohamad Nik berkata, walaupun kedudukan Terengganu dianggap selesa kerana mempunyai kelebihan dua jaringan gol namun, ia masih belum mencukupi untuk dijadikan sebagai kayu pengukur.
Malah, katanya, apa yang penting pasukan Terengganu mesti beraksi konsisten dengan mempamer semangat juang yang tinggi.
``Dalam perlawanan hari ini saya telah meminta setiap pemain agar turun bermati-matian bagi memastikan tempoh 90 minit yang berbaki memihak kepada pasukan ini.
``Pada saya kemenangan dalam pusingan pertama hanyalah sebagai pembakar semangat kepada para pemain bagi meneruskan sisa-sisa perjuangan yang ada,'' ujarnya

Sabtu, 15 April 2017

Pemain UiTM FC aibkan Terengganu di Shah Alam

PEMAIN Terengganu, Issey Farran Nakajima (kanan) cuba melepasi kawalan pemain UiTM pada aksi Liga Premier di Shah Alam semalam yang menyaksikan UiTM menang 4-0. - FOTO FACEBOOK TERENGGANU FA
SKUAD bola sepak Universiti Teknologi Mara (UiTM FC) melakar kejutan apabila mudah menjinakkan pasukan pilihan, Terengganu 4-0 dalam saingan Liga Premier di Stadium UiTM, Shah Alam semalam.
Pada perlawanan tersebut, skuad The Lion Troopers yang dibimbing oleh Wan Mustaffa Wan Ismail bermula garang dengan jaringan daripada pemain import Korea Selatan, Do Dong-hyun pada minit ke-33.
Penyerang dari Nigeria, Akanni-Sunday Wasiu menambah derita pasukan pelawat dengan meledak dua gol pada minit ke-44 dan ke-48 sebelum Anwarul Hafiz Ahmad melengkapkan hari cemerlang UiTM FC pada masa kecederaan.
Menurut Wan Mustaffa, kemenangan besar itu bukan satu kejutan kerana mereka beraksi dengan konsisten sepanjang musim ini.
“Saya tidak terkejut dengan kemenangan ini meskipun saya akui, aksi menentang pasukan bertaraf negeri seperti Terengganu adalah sukar.
“Cuma, barisan pemain telah bersedia sepenuhnya, manakala pemain import telah menggunakan peluang terhidang dengan baik. Saya percaya ini adalah potensi sebenar tetapi segalanya masih belum sempurna.
“Saya tidak mahu keputusan ini dijadikan sebagai penanda aras kerana sasaran kami adalah untuk beraksi di pentas Piala Malaysia musim ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Kekalahan tersebut menyaksikan momentum cemerlang skuad kendalian, Irfan Bakti Abu Salim dalam memberi asakan kepada pendahulu liga, Negeri Sembilan terjejas apabila sekadar mengutip 21 mata daripada 10 perlawanan.