Khamis, 24 Jun 2021

Harap Piala AFC tidak 'dikorbankan' - Hafizal

Malik Muhamad

am@hmetro.com.my



Pemain TFC, Muhammad Hafizal Mohamad. FOTO Ihsan TFC

Kuala Terengganu: Pertahanan kanan Terengganu FC (TFC), Muhammad Hafizal Mohamad meletakkan harapan yang tinggi agar pentas Piala AFC Kumpulan I dan H tidak menjadi 'korban' sebaliknya berlangsung sebagaimana mengikut perancangan.

Biarpun sehingga kini Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) masih belum mengumumkan status kejohanan kedua paling berprestij di Asia itu.

Bekas pemain skuad Harimau Muda kelahiran Kampung Ladang, Kuala Terengganu itu yang bakal membuat penampilan pertama dalam kejohanan itu turut menanti berita gembira daripada AFC.

Dia turut mengharapkan agar ada negara lain sudi menjadi tuan rumah bagi menggantikan Singapura yang menarik diri berikutan kebimbangan Covid-19.

Bagaimanapun pemain berusia 28 tahun itu mengharapkan biarlah jadual pertandingan itu tidak berlaku pertindihan dengan saingan Liga Malaysia (Liga M) lebih-lebih lagi skuad kendalian Nafuzi Zain itu kini menghuni di tangga kedua Liga Super di belakang Johor Darul Ta'zim (JDT).

"Tinggi harapan kami pemain TFC agar saingan Piala AFC tidak dibatalkan sebaliknya diteruskan lebih-lebih lagi kami sudah tidak sabar dan bersedia sejak akhir musim lalu lagi.

"Kami juga mahu menimba pengalaman berharga dalam mengharungi saingan itu lebih-lebih lagi penampilan sulung majoriti pemain apatah lagi untuk sampai ke tahap itu bukan sesuatu yang mudah selepas kali terakhir Terengganu layak beraksi pada 2012.

"Kami akur dengan situasi pandemik Covid-19 sekarang yang menjadi kebimbangan semua, tapi kami sedia mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedang dan bakal dikuatkuasakan asalkan kami diberi peluang untuk beraksi.

"Jadi kami harap pihak penganjur dapat mengkaji sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan demi pembangunan bola sepak di rantau Asean, namun kami akur dan serahkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)," katanya.

Media melaporkan tempoh semakin suntuk jawatankuasa kejohanan Piala AFC mencari jalan terbaik meneruskan saingan terbabit atau dibatalkan penganjurannya kerana ketika ini masih belum ada pasukan bersedia atau sanggup menganjurkan kejohanan itu termasuklah membabitkan negara berkecuali.

Disiarkan pada: Jun 24, 2021 @ 11:28pm.1

__________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/722299/harap-piala-afc-tidak-dikorbankan-hafizal

Khamis, 13 Mei 2021

Tuck, Shaakhmedov kembali perkuat TFC ?

 Tuck, Shaakhmedov kembali perkuat TFC ?

Malik Muhamad

sukanteam@nstp.com.my



SHAAKHMEDOV (kiri) calon terbaik mengisi kuota import bagi menghadapi baki saingan liga, Piala AFC dan Piala Malaysia musim. FOTO NSTP

Kuala Terengganu: Bekas arkitek skuad Terengganu FC (TFC) musim lalu, Sanjar Shaakhmedov dan Lee Tuck dijangka bakal kembali mewarnai skuad Penyu itu sebelum jendela kedua perpindahan pemain Liga Malaysia (Liga M) berakhir pada 30 Mei ini.

Berita mengenai kehadiran pemain kelahiran Uzbekistan dan pemain berdarah kacukan England-Malaysia itu bukan sahaja tersebar dalam media sosial malah pengendali TFC, Nafuzi Zain tidak menolak kemungkinan itu.

Nafuzi mengakui dua bekas pemain tengah yang membantu TFC mara ke saingan Piala AFC musim ini selepas menghuni di kedudukan ketiga Liga Super musim lalu adalah calon terbaik untuk mengisi kuota pemain import bagi menghadapi baki saingan liga, Piala AFC dan Piala Malaysia musim ini.

Jika menjadi kenyataan, Tuck yang digelar 'Rooney Ganu' dan Shaakhmedov hadir tepat pada masanya selepas dua pemain skuad Penyu iaitu kapten Namibia, Petrus Shitembi dan bekas tonggak kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Aston Villa, Christopher Herd terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan serius.

Bagaimanapun jurulatih muda meningkat naik itu yang turut dibantu dua bekas pemain kebangsaan, Tengku Hazman Raja Hassan dan Rosdi Talib mengemudi pasukan itu lebih cenderung untuk mendapatkan pemain kuota Asia bagi menggantikan Herd yang mengalami kecederaan lutut.

Situasi ini sekali gus memberi bayangan pemain yang kini beraksi bersama kelab AGMK dalam Liga Uzbekistan itu lebih berpeluang kembali bersama bekas pasukannya berbanding Tuck yang dilepaskan Pahang secara pinjaman.

"Sebagai jurulatih memang saya mahu menggunakan khidmat lima pemain import sebab bermula perlawanan pertama hingga sekarang, TFC hanya menggunakan empat tenaga import berbanding kuota lima pemain.

"Secara peribadi dengan masa yang ada saya lebih suka mengambil pemain yang kita kenal, contoh Shaakhmedov dan Tuck, mereka calon terbaik buat pasukan kerana kita tahu corak permainannya dan mereka tahu apa yang kita perlukan, jadi senang untuk membuat perancangan.

"Tapi terserah kepada pihak pengurusan untuk membuat keputusan, sukar buat saya untuk membuat keputusan berkenaan Tuck, lagipun kita sekarang tidak mempunyai pemain kuota Asia, jadi untuk mengambil Tuck ataupun Shaakhmedov, kita perlu melihat kuota yang ada, mungkin jika ambil Tuck pemain yang ada akan beraksi dengan pasukan 'feeder club'.

"Namun kami pun serba salah kerana semua pemain pamerkan peningkatan, tapi untuk meningkatkan lagi pasukan kita perlukan tambahan pemain import," katanya.1

________________________________________

Jumaat, 16 April 2021

Khamis, 8 April 2021

Suhaimi Idam kecewakan KDA FC

Malik Muhamad

sukanteam@nstp.com.



SUHAIMI setakat ini mempamerkan aksi cemerlang. FOTO TFC

Kuala Terengganu: Penjaga gol baharu Terengganu FC (TFC), Mohd Suhaimi Husin mahu pastikan rangkaian penyerang skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 'gigit jari' di laman mereka apabila bertembung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, esok.

Penjaga gol berusia 27 tahun itu juga mahu membalas kepercayaan jurulatih dengan memperagakan aksi cemerlang untuk merakam kemenangan pertama bersama skuad itu selepas dua perlawanan terdahulu berakhir dengan keputusan seri.

Bagaimanapun bekas pemain Terengganu FC II (TFC II) yang dinaikkan 'pangkat' sebagai penjaga gol utama skuad TFC selepas ketiadaan Rahadiazli Rahalim yang mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) sedar bukan tugas mudah buatnya dan rakan sepasukan.Terutama sekali untuk menahan asakan penyerang berkualiti skuad Helang Merah diketuai bekas pemain TFC, Kipre Tchetche dan Kpah Sherman.

Pemain yang dicungkil daripada pasukan Hanelang FC berkata, intensiti Liga Super yang tinggi berbanding Liga Perdana turut memaksanya bekerja lebih keras lagi untuk terus kebal di pintu gol.

"Kita tahu dua penyerang import skuad KDA FC itu cukup berbisa apabila berada di dalam kotak penalti, tapi sebagai benteng terakhir pasukan, saya sudah bersedia selain motivasi kian meningkat untuk mengelak pintu gol daripada dibolosi ditambah pula barisan pertahanan yang semakin baik.

"Lagipun ini peluang terbaik buat saya membuktikan kemampuan sebenar selepas diberi peluang beraksi bersama pasukan TFC sesudah tiga musim bersama pasukan TFC II dan semusim dengan T-Team," katanya yang berhasrat untuk kekal memegang jawatan penjaga gol utama TFC sebelum mengintai peluang menyarung jersi pasukan kebangsaanKetika aksi pertama bertemu PJ City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 April lalu, Suhaimi beraksi cemerlang apabila berjaya mengawal pintu golnya daripada dibolosi selepas terikat 0-0 manakala pada aksi keduanya bertemu Sri Pahang Selasa lalu berakhir dengan 1-1.Berdasarkan rekod pertemuan dengan skuad Helang Merah musim lalu di Alor Setar memihak kepada TFC apabila berjaya merakam kemenangan 4-3 dengan semua jaringan skuad Penyu itu disumbat bekas pemain importnya, Dominique Da Sylva.Skuad kendalian Nafuzi Zain kini menghuni di tangga keempat liga dengan mengutip 12 mata hasil tiga kemenangan menumpaskan UiTM FC (2-1), Selangor FC (3-1) dan Perak FC (2-0) manakala seri tiga kali.SUMBER- MH METRO ONLINEDisiarkan pada: April 8, 2021 @ 2:34pm

Sabtu, 6 Februari 2021

Azam idam sertai skuad Sukan SEA

 SUKAN



AZAM mengintai peluang untuk mewakili negara pada Sukan SEA dengan cara menjadi anggota skuad muda Harimau Malaya.

Azam idam sertai skuad Sukan SEA

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH

6 Februari 2021, 11:15 am

PERTAHANAN kanan Terengganu FC (TFC), Azam Azmi Murad berazam untuk memikat pengendali skuad bawah 19 (B-19) negara, Brad Maloney untuk dipilih sebagai anggota skuad Sukan SEA Vietnam pada November depan.

Pemain berasal dari Pulau Pinang itu berkata, peluang me­nyarung jersi negara pada temasya sukan dwitahunan Asia Tenggara tersebut merupakan impian setiap pemain muda seperti­nya.

Katanya, pentas Sukan SEA menjadi pengubat duka diri­nya selepas Kejuaraan AFC B-19 yang dijadual­kan berlangsung di Uzbekis­tan pada bulan depan telah dibatalkan.

Sebagai antara tonggak yang bermain pada aksi kelayakan (AFC B-19) di Kemboja pada dua tahun lalu, saya memang kecewa dengan pemba­talan Kejuaraan AFC B-19.

Diharap Sukan SEA tidak mengalami nasib sama dan kalau boleh, saya mahu tersenarai dalam kontinjen negara bagi memburu kilauan pingat emas,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Azam tampil cemerlang pada aksi kelayakan Kejuaraan AFC 2019 lalu apabila berjaya menjaringkan tiga gol untuk membantu Malaysia menjuarai Kumpulan G.

Selain itu, dia merupakan sebahagian skuad muda Harimau Malaya yang muncul naib juara Kejuaraan AFF B-18 selepas tumpas kepada Australia pada aksi final.

Justeru, Azam mahu fokus untuk meningkatkan prestasi bersama TFC dan menjadi pemain yang lebih baik agar menjadi batu loncatan untuk menyertai skuad Sukan SEA Vietnam.

Justeru katanya, misinya sekarang adalah untuk mengu­kuhkan kedudukan bersama TFC di bawah kendalian Mohd. Nafuzi Zain sepanjang saingan Liga Malaysia musim ini.

SUMBER-KOSMO ONLINE

Isnin, 12 Oktober 2020

TFC tamatkan cabaran di kedudukan ketiga liga

MyMetroArena



Malik Muhamad

Sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: "Ini pencapaian luar biasa," Demikian reaksi ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain susulan pasukannya menamatkan saingan Liga Super musim ini di kedudukan ketiga selepas anak buahnya berjaya membenam pasukan jiran, Pahang 2-1 pada aksi terakhir liga di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak, malam tadi.

Bekas penyerang skuad Terengganu itu berkata, kejayaan itu adalah di luar jangkaan lebih-lebih lagi pemain terpaksa berehat panjang sebelum ini berikutan negara di landa wabak pandemik Covid-19, tapi pasukan berhak untuk berada di kedudukan itu berdasarkan prestasi mereka bermula awal musim lagi.

Jurulatih muda meningkat naik kelahiran Kelantan itu menjelaskan secara peribadi kejayaan pasukan TFC adalah pencapaian terbaiknya sebagai jurulatih pada tahun pertama dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) itu selepas menjawat jawatan penolong jurulatih kepada Irfan Bakti Abu Salim tahun lalu.

"Secara peribadi, kedudukan ketiga liga adalah pencapaian luar biasa saya sebagai jurulatih muda yang baharu pertama kali membimbing pasukan Liga Super dan pencapaian ini juga boleh saya sifatkan adalah di luar jangkaan jika dibandingkan dengan pasukan lain.

"Ini semua adalah hasil usaha keras pemain sepanjang musim ini, saya gembira dengan mereka, tidak ketinggalan juga sokongan padu daripada pihak pengurusan dan juga peminat setia," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan yang begitu mendebarkan di mana skuad Penyu bangkit meledak dua gol pada setiap babak menerusi jaringan penalti pemain import kelahiran Mauritania, Dominique Da Sylva dan kapten, Lee Tuck selepas ketinggalan pada minit ke-12 hasil jaringan cantik dari jarak 25 meter pemain muda, Nik Muhammad Sharif Mohd Lazim.

Mengulas pertemuan itu, Nafuzi akui kemenangan yang diraih begitu bermakna buat pasukan dan peminat.

"Syukur kemenangan yang sangat bermakna apatah lagi perlawanan yang begitu mencabar dengan tekanan dari pasukan Terengganu yang bermain di tempat sendiri, tapi akhirnya kami dapat mengutip tiga mata berharga sekali gus berjaya menduduki tempat ketiga liga.

"Jika dianalisis kita terlepas beberapa peluang terbaik pada awal permainan dengan pasukan lawan banyak mencipta peluang yang berjaya dinafikan penjaga gol yang bertindak cemerlang, kita lihat lawan lebih berkeyakinan berbanding pasukan kita pada babak pertama, ini kerana pemain kita tidak menunjukkan aksi sebenar mereka berbanding sebelum ini.

"Pada babak kedua saya lakukan perubahan taktikal untuk kita menguasai bahagian tengah dan percaturan saya menjadi, saya sangat berpuas hati dengan kesungguhan yang dipamerkan pemain yang tidak berputus asa. Bagi saya walaupun Pahang ketiadaan pemain import, tapi pemain tempatan mereka mempunyai kualiti, bukan tugas mudah buat pemain kami untuk menyaingi mereka," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2020 @ 12:32 PM

Isnin, 28 September 2020

Azalinullah tak 'makan' pujian

MyMetroArena



Malik Muhamad

sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Bintang muda meningkat naik Terengganu FC (TFC), Muhammad Azalinullah Mohammed Alias tidak mahu hanyut dibuai pujian sebaliknya pemain berusia 24 tahun itu akui masih perlu banyak belajar jika mahu menjadi pemain terbaik.

Pemain tengah kelahiran Kampung Ladang, Kuala Terengganu itu menjadi pilihan jurulatih, Nafuzi Zain untuk diturunkan dalam kesebelasan utama skuad Penyu bergandingan dengan pemain kebangsaan Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov selepas berjaya memperagakan aksi begitu meyakinkan.

Ketika bertemu PDRM di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak, Jumaat lalu, bekas pemain skuad kebangsaan bawah 19 tahun itu mempamerkan aksi bertenaga di jentera tengah malah dia tidak kekok walaupun dibayangi dua bintang import, Sanjar dan kapten pasukan, Lee Tuck.

Setakat ini, dia membuat lapan penampilan dalam saingan Liga Super musim ini kecuali bertemu PJ City selepas menerima dua kad kuning ketika menentang Selangor.

"Selepas berada dalam kesebelasan utama musim ini, keyakinan saya kian bertambah untuk memperagakan aksi lebih mantap lebih-lebih lagi mendapat tunjuk ajar daripada rakan sepasukan termasuk Sanjar dan Tuck selain barisan jurulatih.

"Saya juga kian serasi bergandingan dengan Sanjar, terima kasih barisan jurulatih yang memberi kepercayaan, namun saya tidak mahu hanyut dibuai pujian serta mendabik dada, sebaliknya masih banyak yang perlu dipelajari untuk menjadi pemain terbaik,'' kata Azalinullah.

Menjelang pertemuan dengan Felda United hujung minggu ini, Azalinullah akui motivasinya kini kian meningkat sesudah pasukannya berjaya menamatkan episod kekalahan kali ketiga berturut-turut selepas membenam cabaran The Cops 4-0.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 6:40 PM